Ulul Albab : Orang yang Berakal Sihat
Thursday, April 12, 2012
Kewarasan
Nikmat yang sering dilupakan adalah nikmat kewarasan.
Nikmat besar yang tak pernah kita fikirkan betapa hilangnya segala nikmat dunia apabila kewarasan diambil kembali.
Allahuakbar.. terima kasih ya Allah memberikan aku peluang berada dalam bidang perubatan.
Maha hebat Allah yang menciptakan mekanisme manusia berfikir dan memberi reaksi. Mind, thinking process, sanity.. most of them are uncertain and still considered as theory.
Bersyukur yang amat aku, apabila berjumpa dan diberi peluang mendalami hidup pesakit psikiatri ini.
Reaksi mereka, lakuan mereka, bukan yang dibuat-buat; kadang2 perut menahan ketawa, jiwa seram sejuk mendengar pengalaman mereka yang bukan direka-reka. Ianya berbeza sekali dengan gangguan syaitan/hantu. Menarik untuk difikirkan, bagaimana ianya berbeza. Sungguh Allah maha halus dan teliti ciptaanNya..
Semoga kita sentiasa diberi kewarasan di dunia, dalam menentukan baik buruk, dalam memilih jalan dosa pahala, dan dalam menentukan destinasi syurga mahupun neraka. =)
Tuesday, April 10, 2012
alhamdulillah.....
lama dah tak menulis blog.
4th year ni memang mencabar.. sekarang dah masuk 2nd rotation, psychiatry..
and this morning we had a 1st quiz, terrible, but luckily alhamdulillah, i passed! hehe
namun entry kali ni bukan berkenaan psych, tapi pasal adik2 usrahku..
weekend haritu, jadual sangat padat, ada program pada hari sabtu yang memakan seluruh minggu sebelumnya.. namun wajah adik2 usrahku nun jauh 40km di seberang laut teringat-ingat..sudah hampir sebulan tidak bersua, hanya kerana exam dan kekangan pelajaran T_T
pre-usrah memang banyak emosi dan ujian; kepenatan program sebelumnya, keseorangan, ketidaksempatan prepare material, tuntutan study group, quiz psych, dsb...
namun semuanya tidak lain hanya menguatkan semangatku utk pergi berusrah..kerana sebulan merupakan masa yg ckup panjang utk terpisah..
setelah tiba di rumah mereka, kehadiran tidak memberansangkan..namun memang lumrah pendakwah,gembiranya pada sambutan hangat, tapi apabila sambutan hambar, kecewa pada yg tidak datang, tapi lupa meraikan hati2 yang tampil awal..
sepanjang usrah..masyaAllah,
1) ilham itu sungguh, datang daripadaNya..Allah maha baik, kalau diharapkan dosaku yang menyelubungi hati, pasti dan pasti lidah kelu,tiada pengisian yang mampu diberikan.. Allah membuka hatiku, melancarkan lidahku dalam mengendalikan usrah kali ni..
2) masyaAllah yang kedua...butir2 kata daripada adik2 usrah, reflection ayat tadabur seperti butir peluru ais, sakitnya mengena jiwa yang panas dengan dosa, namun menyejukkan kembali kerana sifat tazkirah itu menyamankan jiwa yang kepanasan, tandus dengan dosa2.. T_T
selepas daripada usrah..aku bermonolog.
demi Allah, sesungguhnya aku lah yang memerlukan usrah ini, walaupun pada dasarnya akulah naqibah, namun pada hakikatnya aku memerlukan mereka bagi membangkitkan imanku, bagi menaikkan semangatku, bagi mengetuk nafsuku, supaya hari2ku tidak hanyut ditelan gelombang dunia dan segala nikmat didalamnya.
sungguh aku bersyukur, diberi nikmat kemanisan memberi usrah, biarpun penat, memakan masa separuh hari..
sempurnakanlah nikmat ini ya Allah, jangan Engkau cabut kemanisan usrah daripadaku, jangan Engkau keraskan aku pada routine harian hidupku yang sibuk. =.="
Tuesday, March 27, 2012
solat yang khusyuk
Solat khusyuk, ingat Allah untuk raih keberkatan
Di luar waktu solat, mungkin manusia terganggu untuk mengingati Allah SWT. Tuhan telah perintahkan supaya manusia mendirikan solat semata-mata untuk mengingati-Nya seperti yang ditegaskan dalam surah Toha ayat 14.
Tiada percakapan atau perbuatan selain itu diperlukan dalam ibadat solat. Justeru itulah saat yang paling sesuai untuk mengingati Allah (zikrullah) dengan khusyuk.
Jika ketika solat yang Tuhan perintahkan supaya mengingati-Nya, tiba-tiba tidak ingat juga kepada-Nya bahkan lalai dengan perkara duniawi, maka apakah jaminan untuk ingat kepada Allah SWT pada ketika yang lain.
Ingat kepada Allah SWT dan khusyuk itu adalah dua perkara yang sebati menjadi satu. Sebuah lagi firman Allah SWT yang menegaskan bahawa khusyuk itu suatu kewajipan bagi orang yang beriman, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1 dan 2)
Allah SWT beri jaminan kepada orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya, sebagai orang yang berjaya dan bertuah. Lantaran usahanya bersungguh-sungguh menyelaraskan antara kata hati dan ucapan lidahnya dalam solat.
Dalam surah al-Mukminun itu Allah SWT telah menyenaraikan ciri-ciri orang yang berjaya, iaitu orang-orang yang menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak berfaedah.
Diikuti orang-orang yang menunaikan zakat. Seterusnya orang-orang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki.
Tetapi dalam banyak sifat orang-orang yang berjaya itu, Allah SWT letak khusyuk dalam solatnya sebagai sifat bertuah yang terulung.
Tujuannya untuk memberitahu bahawa orang yang kehilangan khusyuk dalam solatnya, bererti telah tertinggal jauh di belakang atau terlepas peluang untuk mencapai kejayaan dan kelepasan daripada azab di akhirat kelak.
Ini menunjukkan bahawa khusyuk dalam solat itu amat dikehendaki dan sangat disetujui oleh Allah SWT.
Ia menjadi agenda utama di samping menjaga sifat-sifat al-falah yang lain, seperti ditegaskan dalam surah al-Mukminun itu.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Hanya sanya solat itu ialah beribadat dengan tetap dan ketenangan hati (tamakkun), kerendahan diri dan jiwa (tawaduk), berharap (tadharru’) terhadap Allah SWT di samping meletakkan kedua-dua tangannya ke dada dan memohon doa (Allahumma, Allahumma).”
Lantaran terdapat banyak doa dalam solat, maka di antara pengertian solat ialah doa. Selain suatu ibadat yang dimulai dengan Takbiratul Ihram dan diakhiri dengan salam, serta beberapa rukun qalbi, fi’li dan qauli di dalamnya.
Misalnya dalam bacaan al-Fatihah terdapat doa yang memohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, iaitu jalan para nabi dan mursalin.
Juga minta dijauhkan daripada perkara terkutuk seperti yang dilakukan oleh puak Yahudi, jalan sesat yang dilakukan oleh golongan Nasrani.
Sesiapa yang tidak melakukan solat dengan tamakkun, tawadhdhu’ dan tadharru’, maka solatnya disifatkan oleh Nabi s.a.w. itu sebagai hidaj (kudung), maksudnya ibadat itu cacat dan tidak sempurna.
Manusia mesti mengenali Tuhannya yang disembah itu adalah Allah SWT yang Maha Cantik (Innallaha Jamil wa Yuhibbul Jamal), Dia tidak menerima ibadat melainkan ibadat yang cantik juga (sempurna tidak kudung).
Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang solatnya tidak mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar, tidaklah mendekatkan dirinya dengan Allah SWT, melainkan dia semakin jauh daripada-Nya.”
Jika makanan daripada bermacam jenis mengandungi pelbagai zat dan khasiat untuk tubuh badan manusia, solat adalah ibadat fardu yang semestinya mempunyai khasiat yang luar biasa. Khasiat solat ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut ayat 45)
Ayat tersebut adalah jaminan Tuhan terhadap orang yang melakukan solat dengan khusyuk dan sempurna.
Jika seseorang menunaikan solat tetapi perkara keji dan mungkar masih dilakukannya, ia jadi hujah bahawa sebenarnya orang berkenaan tidak mendirikan solat, seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Meskipun mereka mendakwa telah mendirikan solat, tetapi di sisi Tuhan solat orang itu tidak diiktiraf sebagai solat.
Ini kerana solat yang dilakukan tanpa khusyuk, dan tidak memenuhi seperti yang disyariatkan oleh Rasul-Nya Muhammad s.a.w., sebaliknya ia hanya himpunan gerak-geri dan bacaan, sekadar suatu kelaziman bagi orang yang lazim mendirikan solat.
Dilihat seolah-olah bagaikan solat, melakukan rukuk dan sujud tetapi pada hakikatnya ia sekadar suatu pergerakan tubuh badan yang dilihat menyerupai solat.
Rukuk dan sujud jenis itu, tidak dianggap rukuk dan sujud jika dilakukan dalam keadaan lalai dan tidak khusyuk kepada Allah SWT.
Ibarat orang yang sakit mendakwa telah makan ubat, sebenarnya apa yang dimakan hanyalah benda yang pada zahirnya menyerupai ubat.
Tetapi ia bukannya ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar. Justeru itu penyakitnya semakin tenat dan tidak sembuh.
Jika seseorang itu benar-benar mendirikan solat seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w., Allah SWT beri jaminan bahawa solatnya itu mampu mencegah perkara keji dan mungkar, jaminan tersebut suatu yang pasti.
Dipetik daripada ruangan Mauidzah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harakah 5-8 Rabiulakhir 1433 / 27 Februari – 1 Mac 2012
Thursday, January 5, 2012
Malam Jumaat dan Yasin
Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Jumaat penghulu segala hari..
Dipermudahkan lagi Allah untuk sentiasa beribadat kepadaNya..Tiadalah daya upaya untuk terus beramal atas jalanNya, tanpa kemahuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Berkuasa..
Alhamdulillah atas segala nikmat dan ingatanNya kepada hambaNya yang lemah ini.
Lama sudah tidak melibatkan diri dalam bacaan Yasin beramai-ramai di masjid.. Sejak mengetahui bacaan Yasin bukanlah sunnah, dan sejak diperkenalkan dengan sunnahnya bacaan al-Kahfi pada hari jumaat, saya lebih memberi perhatian, masa dan kecenderungan untuk menghabiskan bacaan al-Kahfi yang jauh lebih panjang itu.
Namun, pada malam ini, Allah cenderungkan hati dan kuatkan tekad diri ini utk melangkah ke masjid negeri yang memang menjadi kecintaan saya sejak datang kesini... Rindu pada masjid membuak-buak..Selalunya, saya mengelak untuk datang ke masjid pada malam jumaat kerana beriltizam dgn amalan al-kahfi, tetapi berbeza pada malam 12 safar ini..
Saya memilih untuk tidak melihat kepada text yasin, kerana saki baki hafalan surah ini masih mampu menggerakkan lidah sambil dibantu bacaan imam yang indah. Jadinya saya melihat kepada maksud ayat-ayat dalam surah ini..Tiada pernah pula dipelajari tafsir surah ini dalam mana2 kuliah tafsir, jadi agak sukar utk mendalami akan maksud sebenar, asbabun nuzul dan makna tersirat yang tidak terjangkau dek ceteknya ilmu.
Namun hati tetap mahu untuk tadabbur ayat-ayat Yasin yang menjadi amalan masyarakat sekeliling dan amalan sebelum ini.
Sehingga sampai kepada ayat menceritakan tentang dialog dan kesudahan orang2 yang kufur (ingkar) kepada Allah...Hati merasa bersyukur kerana bukan tergolong dikalangan org yang ingkar akan ajaran yang dibawa Rasulullah saw. Seterusnya ayat tersebut mengatakan,
"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;"
Allahurabbi, sungguh aku mahu tergolong dalam golongan ini, namun dosaku menggunung, nafsuku masih lagi tidak mencapai nafsu muthmainnah, amalan ku pula tiada banyak, solatku pula kadangkala tiada kusyuk, adapun amalan2 itu tiada pula mencegahku dari perbuatan keji dan mungkar, adakah ianya bermaksud Engkau tiada menerima amalan2 ku....T__T
Allahurabbi, mata mula bergenang..
"Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman)."
Gementarnya hati ini membayangkan Allah yang mulia itu menghalauku dari mendekati syurga, dari mendekati ahli2 syurga yang mulia itu.. Ayat ini sungguh kena! Allah menghalau orang yang berdosa....Sungguh, aku masih tiada lagi sifar dari melakukan dosa...Jangan ya Allah, jangan Engkau halau diri ini ke nerakamu.... Sungguh aku didunia ini tidak bersungguh melawan bisikan syaitan dan nafsu, aku menuruti kemahuan dan kehendakku seperti turutnya daun kering yang jatuh dibawa arus sungai.. Ampunilah aku ya Allah... Ampunilah aku..
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62)Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) "
Ya Tuhanku..Benar kata2 Mu.......
Aku menyembahMu tetapi aku menuruti syaitan.. Sungguh aku tergolong dalam golongan yang zalim, jika Engkau tidak meramatiku, maka tiada daya upaya tergolonglah aku dalam golongan orang yang rugi..
Aku insaf yaAllah, sungguh aku berfikir ya Allah...Ku pohon jua kepadaMu supaya dikurniakan kekuatan diri dalam mujahadah melawan nafsu, dalam kuat menepis bisikan syaitan..
Sementara hidupku masih ada, kentalkan diriku supaya sentiasa lurus pada jalanMu, supaya tidak disesatkan oleh syaitan dengan segala kenikmatan dunia.
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)"
Allahu akbar, Engkau Maha Kuat, Maha Mengetahui...
Takutnya apabila membayangkan fikiran dan tutur kita tiada boleh membela diri lagi, segala anggota kita mengadu kepada Allah akan salah guna yang kita lakukan semasa hayat kita dahulu, tubuh badan kita memberitahu kepada Tuhan mereka yang tuan mereka melakukan itu dan ini, tidak digunakan kepada jalan ketaatan, tapi digunakan untuk mengecapi dunia dan kemahuannya sahaja..T__T
Allahurabbi, jauhilah diri ini dari terbelenggu oleh perbuatan zalim ku ini..
Terima kasih ya Allah kerana masih menjadikan hati ini sensitif akan teguran dan ayat-ayatMu..
Kupohon sekali lagi ya Allah, bukakanlah jalan kebaikan, tutuplah jalan kejahatan dan jalan dosa, kuatkanlah semangat dalam menuju syurgaMu dan, serulah daku di hari akhirat nanti;-
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!(30)
Hatiku pergi meninggalkan masjid (walaupun ada forum sampai 11pm, namun terpaksa pulang awal sebab datang seorang diri berjalan kaki pula) dengan perasaan berbunga-bunga akan cinta kepadaNya.. Bersama dengan harapan akan diampunkan dosa2 dan hari yang lebih baik daripada sebelumnya.. Jadi kurakamkan perjalanan pulang dari masjid <3
Semoga Allah makbulkan doa kita semua dalam usaha kita mendapat redhaNya, dalam perjalanan kita menuju syurgaNya..

Pemandangan indah kubah masjid diwaktu malam. |
Pintu belakang masjid. |
Jalan belakang menuju ke masjid. Kubah yang dilindungi pohon besar. |
Pemandangan daripada jejantas =) |
Dari jejantas... |
Saturday, December 31, 2011
Monday, December 26, 2011
How The Poor Live
Spreading and sharing a good thought;-
How The Poor Live
One day, a father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the firm purpose of showing his son how poor people live. They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family. On their return from their trip, the father asked his son, “How was the trip?”
“It was great, Dad.”
“Did you see how poor people live?” the father asked.
“Oh yeah,” said the son.
“So, tell me, what did you learn from the trip?” asked the father.
The son answered, “I saw that we have a pool that reaches to the middle of our garden, and they have a creek that has no end. We have imported lanterns in our garden, and they have the stars at night. Our patio reaches to the front yard, and they have the whole horizon. We have a small piece of land to live on, and they have fields that go beyond our sight. We have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, but they grow theirs. We have walls around our property to protect us; they have friends to protect them.”
The boy’s father was speechless.
Then his son added, “Thanks, Dad, for showing me how poor we are.”
Our First Birth-Gift: The Freedom to Choose
The essence of being human is being able to direct your own life. Human act but animals and robots react! Human make choices based on their values. This power of choice means that we are not merely a product of our genes; not a product of how other people treat us. Both of them influence us, but they do not determine us. Human are self-determining thru our choices.
“Between stimulus and response there is a space. In that space, lies our freedom and power to choose our response. In those choices lie our growth and our happiness.”
With many who have grown up with unconditional love in supportive circumstances, the space may be very large. With others, due to various genetic and environmental influences, it may be very small. However the key point is there is a space, and the use of that space and the opportunity to enlarge it exist!
The maverick psychiatrist R.D Laing captured in the words below how failing to notice that we have this space kills our ability to change. Human alone have self-awareness.
“The range of what we think and do is limited by what we fail to notice. And because we fail to notice that we fail to notice, there is little we can do to change until we notice how failing to notice shapes out thoughts and deeds.”
No matter what has happened, is now happening or will happen, there is a space between those things and our responses to them.
-adapted from The 8th Habit, under subtitle
Our First Birth Gift: The Freedom to Choose.
Subscribe to:
Posts (Atom)