Tuesday, July 5, 2011

Cinta Sempurna

Suka untuk saya ulas lagu yang pernah mendapat anugerah ini, tambahan pula ia dinyanyikan oleh wanita bertudung.. Entah kenapa, tertarik dengan liriknya. Jom kita imbas dulu lirik lagu ini.


Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh

Pertama kali mendengar lagu ini:
'hmm, menarik suara ni. Tapi liriknya..'
kudengar sekali lagi:
'pelik! ada ke pompuan yang boleh fikir nak tolak seorang lelaki hanya kerana lelaki tu bagus sangat'
kudengar berulang kali
'mungkin ada perempuan yang macam tu, tapi yang pastinya aku pasti bahagia ada kekasih mcm ni'
kudengar dan berfikir
'mungkin juga ada maksud tersirat'

Entah kenapa apabila terdengar lagu ini, hati melayang jauh memikirkan cinta sempurna itu bermaksud cinta antara hamba dan Penciptanya.
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan


Intro lagu yang jarang untuk kita perkatakan kepada kekasih manusiawi, kita jarang untuk merendahkan diri sebegini kepada orang yang kita kasihi.
Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu

Kemudian diikuti dengan pujian begini pula.. Selalunya pujian kepada kekasih manusia berupa; kau sangat memahami, sentiasa menggembirakanku, wajahmu menenangkan etc. Pujian pula diakhiri dengan minta dilepaskan dirinya daripada ikatan kasih sayang. Pelik!
Bagi saya, kata-kata sebegini selayaknya untuk Yang Maha Sempurna. Cuba kita renung sejenak, memang Dia sentiasa melihat, memerhati gerak geri, memberi kesenangan, belanja kita makanan sedap, memberi ketenangan, mendengar apabila kita mengadu dan mengurniakan kegembiraan apabila hambaNya kesedihan. Apakah ada manusia lain yang sebegitu 'setia' pada kekasihnya, sehingga setiap masa memberikan tumpuan pada kekasihnya? 
Jadi layak benar untuk kita menerima kasih sayang Allah kepada kita sebagai cinta sempurna. Cinta sempurna yang sering kita tolak, sering kita terlupa atau taken for granted. 
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan


Sungguh, jauh di sudut hati merasakan kita masih belum sempurna atau banyak maksiat, banyak dosa untuk mengaku cinta kita pada Dia. Kita malu akan kelemahan dan keinginan kita dalam mengejar keseronokan dunia tapi bukan akhirat. Kita malu untuk merasakan kita ini layak mendapat cintaNya seperti Rasulullah dan para sahabat terima dahulu.

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu

Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menolak huluran cinta daripada Allah. 
Sedar atau tidak, sebenarnya kita telah mengatakan kita tidak mampu untuk melangkah ke syurgaNya.
Sedar atau tidak, kita telah berlaku sombong dalam menyambut huluran cinta dari Allah. 
Yang menjadikan kita mencintai dunia dan isinya lebih daripada mencintai Allah. Menjadikan kita terasa payah untuk membaca ayat2 cintaNya (Quran) berbanding surat cinta mahupun bacaan lain di dunia.
Menjadikan kita rasa sukar untuk meninggalkan larangannya dan tidak gemar pula melakukan ibadah yang membuatkan Dia sayang kepada kita.
Mahukah kita supaya Allah clash/ break-up dengan kita? Sehingga Dia tidak memberi tumpuan lagi kepada kita, tidak mendengar aduan kita, tidak mengabulkan doa/permintaan kita, tidak menggembirakan hati kita, tidak lagi memberi petunjuk dan hidayah kepada kita?
Allahu akbar. Tidak ya Allah.. Kami semua mahu cintaMu ya Allah, kami semua perlukan sayang daripadaMu... Tetapi kami terlupa, kami terlalai dengan keseronokan dunia yang kelihatan, berbanding nikmat dan ganjaran Engkau yang tidak kelihatan.
Jom pupuk hati kita, untuk cuba mencintai Tuhan kita, menyambut huluran cintaNya, dan melakukan perkara yang membuatkan Dia bertambah sayang pada kita =)