Thursday, January 5, 2012

Malam Jumaat dan Yasin

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Jumaat penghulu segala hari..
Dipermudahkan lagi Allah untuk sentiasa beribadat kepadaNya..Tiadalah daya upaya untuk terus beramal atas jalanNya, tanpa kemahuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Berkuasa..
Alhamdulillah atas segala nikmat dan ingatanNya kepada hambaNya yang lemah ini.



Lama sudah tidak melibatkan diri dalam bacaan Yasin beramai-ramai di masjid.. Sejak mengetahui bacaan Yasin bukanlah sunnah, dan sejak diperkenalkan dengan sunnahnya bacaan al-Kahfi pada hari jumaat, saya lebih memberi perhatian, masa dan kecenderungan untuk menghabiskan bacaan al-Kahfi yang jauh lebih panjang itu. 


Namun, pada malam ini, Allah cenderungkan hati dan kuatkan tekad diri ini utk melangkah ke masjid negeri yang memang menjadi kecintaan saya sejak datang kesini... Rindu pada masjid membuak-buak..Selalunya, saya mengelak untuk datang ke masjid pada malam jumaat kerana beriltizam dgn amalan al-kahfi, tetapi berbeza pada malam 12 safar ini..


Saya memilih untuk tidak melihat kepada text yasin, kerana saki baki hafalan surah ini masih mampu  menggerakkan lidah sambil dibantu bacaan imam yang indah. Jadinya saya melihat kepada maksud ayat-ayat dalam surah ini..Tiada pernah pula dipelajari tafsir surah ini dalam mana2 kuliah tafsir, jadi agak sukar utk mendalami akan maksud sebenar, asbabun nuzul dan makna tersirat yang tidak terjangkau dek ceteknya ilmu.
Namun hati tetap mahu untuk tadabbur ayat-ayat Yasin yang menjadi amalan masyarakat sekeliling dan amalan sebelum ini.

Sehingga sampai kepada ayat menceritakan tentang dialog dan kesudahan orang2 yang kufur (ingkar) kepada Allah...Hati merasa bersyukur kerana bukan tergolong dikalangan org yang ingkar akan ajaran yang dibawa Rasulullah saw. Seterusnya ayat tersebut mengatakan, 



"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;"


Allahurabbi, sungguh aku mahu tergolong dalam golongan ini, namun dosaku menggunung, nafsuku masih lagi tidak mencapai nafsu muthmainnah, amalan ku pula tiada banyak, solatku pula kadangkala tiada kusyuk, adapun amalan2 itu tiada pula mencegahku dari perbuatan keji dan mungkar, adakah ianya bermaksud Engkau tiada menerima amalan2 ku....T__T
Allahurabbi, mata mula bergenang..
"Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman)."



Gementarnya hati ini membayangkan Allah yang mulia itu menghalauku dari mendekati syurga, dari mendekati ahli2 syurga yang mulia itu.. Ayat ini sungguh kena! Allah menghalau orang yang berdosa....Sungguh, aku masih tiada lagi sifar dari melakukan dosa...Jangan ya Allah, jangan Engkau halau diri ini ke nerakamu.... Sungguh aku didunia ini tidak bersungguh melawan bisikan syaitan dan nafsu, aku menuruti kemahuan dan kehendakku seperti turutnya daun kering yang jatuh dibawa arus sungai.. Ampunilah aku ya Allah... Ampunilah aku..


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62)Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) "


Ya Tuhanku..Benar kata2 Mu.......
Aku menyembahMu tetapi aku menuruti syaitan.. Sungguh aku tergolong dalam golongan yang zalim, jika Engkau tidak meramatiku, maka tiada daya upaya tergolonglah aku dalam golongan orang yang rugi..
Aku insaf yaAllah, sungguh aku berfikir ya Allah...Ku pohon jua kepadaMu supaya dikurniakan kekuatan diri dalam mujahadah melawan nafsu, dalam kuat menepis bisikan syaitan..
Sementara hidupku masih ada, kentalkan diriku supaya sentiasa lurus pada jalanMu, supaya tidak disesatkan oleh syaitan dengan segala kenikmatan dunia.



"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)"


Allahu akbar, Engkau Maha Kuat, Maha Mengetahui... 
Takutnya apabila membayangkan fikiran dan tutur kita tiada boleh membela diri lagi, segala anggota kita mengadu kepada Allah akan salah guna yang kita lakukan semasa hayat kita dahulu, tubuh badan kita memberitahu kepada Tuhan mereka yang tuan mereka melakukan itu dan ini, tidak digunakan kepada jalan ketaatan, tapi digunakan untuk mengecapi dunia dan kemahuannya sahaja..T__T

Allahurabbi,  jauhilah diri ini dari terbelenggu oleh perbuatan zalim ku ini..
Terima kasih ya Allah kerana masih menjadikan hati ini sensitif akan teguran dan ayat-ayatMu..
Kupohon sekali lagi ya Allah, bukakanlah jalan kebaikan, tutuplah jalan kejahatan dan jalan dosa, kuatkanlah semangat dalam menuju syurgaMu dan, serulah daku di hari akhirat nanti;-



"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!(30)


Pemandangan indah kubah masjid diwaktu malam.
Hatiku pergi meninggalkan masjid (walaupun ada forum sampai 11pm, namun terpaksa pulang awal sebab datang seorang diri berjalan kaki pula) dengan perasaan berbunga-bunga akan cinta kepadaNya.. Bersama dengan harapan akan diampunkan dosa2 dan hari yang lebih baik daripada sebelumnya.. Jadi kurakamkan perjalanan pulang dari masjid <3
 



Pintu belakang masjid.

Jalan belakang menuju ke masjid. Kubah yang dilindungi pohon besar.
Pemandangan daripada jejantas =)
Dari jejantas...
 Semoga Allah makbulkan doa kita semua dalam usaha kita mendapat redhaNya, dalam perjalanan kita menuju syurgaNya..