Wednesday, June 29, 2011

MVA - a test

MVA stands for motor vehicle accident. It's a short form that we usually use in orthopaedic department. But this time, I use this acronym during my holiday, not during my orthopaedic rotation, but after a real MVA happened to me.


gambar hiasan



Seperti biasa, setiap yang berlaku wajib untuk saya fikirkan akan hikmah dan pengajaran yang dihantar oleh Allah. Ceritanya begini:


Dalam perjalanan saya dan mama ke rumah makcik, keluar saja dari rumah, sebuah motor melanggar dengan dengan laju pintu belakang driver. Saya tidak menyangka motor itu begitu laju dan tidak menyangka dia akan mengambil jalan tengah. Walaubagaimanapun mengikut peraturan, kereta yang baru keluarlah yang salah. 


Namun saya dengan terkejutnya, membuka pintu kereta dimana adik itu berlumuran darah dan terbaring dibawah motornya. Kami cepat-cepat membawanya ke hospital. Namun alhamdulillah,  Allah masih memberi ketenangan walaupun dalam keadaan yang amat terkejut. Maih boleh drive ke hospital dan berfikiran rasional. Alhamdulillah..


Namun peristiwa ini betul-betul membuatkanku berfikir, dosa apakah yang membuatkan Dia mengujiku sebegini rupa. Tidak perlu fikir panjang, memang dosaku menggunung tinggi, selayaknya Dia mengujiku supaya aku lebih mengingatiNya, lebih menyebutnya dalam doaku, lebih berzikir dan lebih munajat padaNya.. Supaya boleh Dia ampunkan dosa-dosa yang kubuat dalam keadaan sedar itu. Alhamdulillah..


 


Allahurabbi, memang Dia mahu aku kuat sekuat-kuatnya. Memang Dia mahu saya membuka fikiran saya kepada dunia lain selain dunia belajar, dakwah dan family. Mahu aku tahu bagaimana orang luar berfikir, bagaimana hidup masyarakat sekeliling ku. Adik yang melanggar kami itu bukan dari kalangan seperti kami. Bukan mahu membezakan taraf, tapi sungguh perkenalan dengannya membuatkan ku lebih mengenali golongan lain selain yang aku gauli sebelum ini.




Namun; setelah rm1000 melayang, mungkin Allah mahu aku menyucikan hartaku yang banyak itu, kerana Allah mahu menguji sejauh mana aku betul2 bergantung harap padaNya dari aspek pergantungan rezeki. Sungguh duit dalam bank aku itu, bukan rezekiku.
Terima kasih mama atas keberadaannya sepanjang proses ini, dan duit ringgit yang dia laburkan dalam masalah yang aku bawa. Sungguh aku sangat mentah dalam perkiraan sebegini.


Untuk adik itu, kudoakan sakitnya itu menghapus dosa-dosanya, mendekatkan lagi dia kepada Allah, mematangkan lagi dia dalam kehidupan ini. Sungguh usianya sangat muda, banyak yang boleh dilakukan dalam usia begitu. Semoga dengan doaku ini, dia mampu berusaha dan berjaya kelak; dunia dan akhirat.


Terima kasih Allah, atas ujian ini. Moga ujian ini mematangkanku dan berjaya mengajarku nilai kehidupan.

Tuesday, June 28, 2011

Juvana Tv3

Satu-satunya drama tv yang kufikir membentuk minda penonton. Tetapi dengan syarat, jika minda bergiat aktif berfikir akan pengajaran yang dapat diperoleh.
Sudah lama rasanya diri tak terikat dengan drama tv melayu yang dirasakan tidak menepati rukun berhibur- iaitu mendidik jiwa.




Hanya satu keyword yang boleh disimpulkan daripada pengajaran keseluruhan drpd cerita ini;-


HOPE

Semua orang mampu berubah, walau bagaimana teruk pun keadaan seseorang, dia mampu berubah. Namun apa yang menghalang kita daripada berubah kearah yang lebih baik adalah 

*tidak berani meletakkan harapan/cita-cita yang tinggi
*merasa lemah akan pandangan rendah orang terhadap mereka

Saya melihat usaha mewujudkn kelab debat di sekolah juvana seperti yang dilakukan oleh cikgu wanita itu lebih dari sekadar kelab debat. Tapi memberi harapan kepada pesalah2 ini akan kualiti mereka yang sebenar! Memberi mereka harapan akan kehidupan masa depan. Kenapa harapan begitu penting? Kalau hanya ada harapan, tiada tindakan dan peluang, tiada apa yang boleh berubah!

Ya benar, tapi segalanya bermula dengan cita-cita dan harapan. Kekuatan daripada harapan dan cita-cita itu akan mendorong mereka bertindak. Cumanya, kita sebagai anggota masyarakat, perlu memberi peluang untuk mereka berubah.

Memberi peluang disini bukan semudah yang disebut, tetapi ianya datang dari hati yang bersih yang melahirkan layanan yang ikhlas.
Dalam drama juvana, kita dapat melihat tenaga pengajar sendiri tidak memberi peluang kepada pesalah-pesalah ini berubah. Dengan hanya pandangan sinis sudah cukup utk melumpuhkan semangat mereka yang baru untuk bangkit. Dengan hanya berfikiran negatif terhadap potensi mereka sudah cukup untuk melemahkan mereka. Untuk memberi peluang kepada mereka, kita perlu meletakkan diri kita pada tempat mereka, be empathy then only we can do right thing and react accordingly.


Perkara ini boleh diambil pengajaran dan diaplikasikan kepada setiap aspek kehidupan kita:

-Jika anda seorang guru - pandanglah anak murid itu sebagai pemimpin akan datang yang mampu beroleh kejayaan walau bagaimanapun keadaan mereka ketika itu.

-Jika anda ibubapa - jangan putus asa dalam setiap lakuan buruk anak anda. didiklah mereka dengan sabar, dan letakkan harapan yang tinggi pada diri mereka.

- Jika anda mempunyai ahli keluarga yang bermasalah. Jangan sesekali merendahkan mereka. Beri mereka harapan, doakan yang terbaik utk mereka.

- Jika anda seorang yang ingin berubah, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Lihat contoh baik pada orang sekeliling, letakkan niat utk membuat perubahan pada diri sendiri. Jangan sesekali takut untuk bercita-cita, risau utk berdoa jadi begitu, jadi begini. Sentiasa bersangka baik dengan doa dan teruskan kuat berusaha.

Kesimpulannya: berfikiran positif, letakkan harapan tinggi untuk sesuatu keburukan berubah menjadi kebaikan, jangan menjadi orang yang menghalang orang lain daripada berubah, dan  perkuatkanlah doa kepada Allah.


Allahua'lam...

Friday, June 24, 2011

Give and you will receive



Phrase that I want to higlight is Give and you will receive, it nature's order

After my brain has been washed with a book titled The Power, my thinking pattern subconsciously changed in what Rhonda Bryne tried to put into my brain. Eventhough how much I want to resist. But alhamdulillah I manage to Islamify (if there is such word) the theory with few ayat in Quran.

One of the point in the book is the phrase that I want to highlight above.

I just get lazy to update this blog; (coz I know I've no audience as I never promote this blog to any of my friend). But then I realized that I write this blog for my own sake
(Saying): If ye do good, ye do good for your own souls, and if ye do evil, it is for them (in like manner).... [al-Israk:7]

By giving, writing this, sharing my thoughts- it actually help my mind to think, to use my knowledge, to be more sensitive to things that happens eventhough it is not significant. Because in Quran, the word ulul albab is repeated many times and always at the end of every story Allah emphasize 'to those who think'. Ulul albab is interpreted as mufassir as man that has healthy brain, using his thinking power to know bad and good deeds.

Lo! In the creation of the heavens and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His Sovereignty) for men of understanding, (190) Such as remember Allah, standing, sitting, and reclining, and consider the creation of the heavens and the earth, (and say): Our Lord! Thou createdst not this in vain. Glory be to Thee! Preserve us from the doom of Fire. [ali-Imran: 190-191]

So if I cant think of any to share and to ponder; meaning that i am not reflecting my iman and my amal. Think only is not equal to think and reproduce. By sharing my thought is consider as think and reproduce. Think also encourage us to think of how much ni'mah that Allah gave and how much sins that we replied back to Him. Nauzubillah.




Astaghfirullah hal 'azim..
Allah, give me strength to always reflect myself, strength to give; so that I'll get ur pleasure and forgiveness - for my life and for the hereafter.



Tuesday, June 21, 2011

Ingatan kepada Allah



Baru-baru ini saya berjumpa bekas adik-adik usrah yang berada di KL, di sebuah shopping complex.
Hasratnya, nak adakan sedikit tazkirah, tetapi atas beberapa kekangan dan kelemahan diri sendiri, tak tersampai tazkirah daripada ayat Quran yang diniatkan..


Jadi, saya kongsikan disini sahaja.


Bagi yang sedang bercuti, pastu suka ke keluar bersuka ria ke shopping complex, tengok wayang, bersama rakan-rakan, makan-makan makanan yang sedap, bermain bersama dan sebagainya.


Namun bagaimana menjadikan aktiviti2 riadah/sukaria kita suatu ibadah atau sekurang-kurangnya tidak menjadikan kita lalai?


Dalam ayat Allah, an-Nisa 102:


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. 


Allah menyuruh hamba-hamba Nya yang dikasihi, supaya mengingatiNya dalam apa jua cara dan apa jua lakuan yang sedang dilakukan.
Kita perlu didik hati dan layangan fikiran kita supaya berfikir akan Allah. Bukan bermaksud sentiasa berkumat-kamit berzikir, tetapi sentiasa membawa imaginasi fikiran kita kearah jalan Allah. Contoh, apa yang akan boleh kita fikirkan jika melihat orang berpakaian begini di shopping complex?





Kita mungkin berfikiran:
- stylo? vogue?
- muslimah bergaya?
- balut aurat bukan tutup aurat.
- tak sempurna tutup auratnya?
- bolehla nak try bergaya macam ni lepas ni?
- aku takkan bagi anak aku pakai macam ni nanti?


Contoh kedua: sebuah pameran tuala wanita di tengah-tengah shopping complex.



Kita akan berfikir?
- wah, mesti ada promosi murah
- (lelaki) ermm, jenama apa pulak ni?
- nampaknya, perkara sulit wanita sudah diwar-warkan di umum
- sudah hilang identiti timur sehingga lelaki boleh bercakap tentang contour tuala wanita yang selesa?


Macam-macam kita boleh fikir, tapi pilihlah untuk berfikir sesuatu untuk mendidik hati dan iman supaya lebih dekat dengan Allah. Saya tidak berniat untuk memberi satu guideline bagaimana untuk berfikir atau mengadili contoh di atas. 


Kerana saya suka untuk semua untuk tidak terikat fikirannya, dan supaya tahap iman seseorang itu pandai membuat penilaian sendiri berdasarkan ilmu, iman dan amal yang ada pada seseorang itu.
Tetapi dalam berfikir, awas! jangan sampai kita bersangka buruk kepada sesiapa, jangan membenci sesiapa, jangan sampai kita lupa untuk melebarkan senyuman kita kepada orang sekeliling.


Jadi ingatlah ayat ini, betapa Allah pencipta manusia, begitu sayangkan kita, memesan kita supaya jangan lupa mengingati Dia pada setiap masa kerana itu dapat mengikat kita daripada berlebihan dalam urusan dunia, menghindar kita daripada melakukan maksiat dan menjadikan hati lebih cenderung kepada amal soleh dan kebajikan. Malulah kita, sudahlah solat tidak khusyuk sepenuhnya, amalan sunat pula tidak tersempat, zikir pun kadang2 sahaja, dalam urusan dunia pula lupa memasukkan Dia dalam kotak fikiran..


Jadi cubalah, didik hati dalam setiap bisikan, untuk menghadirkan Allah yang sedang melihat hamba-hambaNya.


Allahu a'lam.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menepis bisikan syaitan dan memperkuatkan ingatan kita kepadaNya..

Wednesday, June 15, 2011

Tarbiyah Bait Muslim!

Nice catchy intro for those who like Bait Muslim topic, but indeed this video actually reflect of our own foundation in Islam. From that, remind us to be a good parent that educate our (future) kid of why we are doing this and that. The key word is EDUCATE! That'll make our kid islamically educated and intellectually practising Islam.

Happy watching! =)

Cover-cover...

8.30am
'Adik, ma beli ikan, buat kuah laksa'
'Hmm' Jawabku selamba. Macam takda perasaan. Cover2..

12.30pm
'Ma ngantuk la..macam nak pengsan. Semalam tak tidur langsung, p hospital. Nak tunggu siap kuah laksa dulu sat'
'Tidoq la..awat yang kalut dok p buat kuah laksa?'
'Ala..kuah laksa tak susah pun. Takdak benda!' Kali ini ma pulak yang cover2..

Tersentuh hati. Tapi sengaja tak ditunjukkan. Kerana kami memang jenis yang begini. Concern dan sayang dimanifestasikan melalui tindakan, bukan kata2 manis.


Namun jauh di benak hati aku benar-benar tersentuh.
Aku tahu, kuah laksa itu adalah untukku.. Tersentuh dengan kemahuannya menggembirakan ku. (Laksa adalah favourite utama ku) Namun tak banyak yang ku lakukan untuk menggembirakannya. Mungkin aku banyak menyebutnya dalam doa sahaja, kerana culture 'cover2' kami memang tersemat sejak kecil. Tetapi aku cuba untuk melegakan kekusutannya, mengurangkan beban kerjanya, akan rasa marah jika ada orang lain menyusahkannya. Cuma..
Tiada kata2 manis untuk menggula-gulakan hatinya..uhh..

 (22) Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uh" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. [al-Israk]

Ayat hafazan yang sukar untuk ku laksanakan- 'Bicaralah dengan mereka kata2 yang mulia'. Allahu rabbi, kurniakanlah hambamu kekuatan dalam menjadi anak yang solehah yang menenangkan hati ibubapaku. 
Terlalu banyak telah mereka korbankan, sedang aku masih mementingkan keselesaan dan kehendak sendiri.



Tuesday, June 14, 2011

Pakcik Pasar Malam

Di pasar malam, bercakap telefon.
'Ma nak pesan apa adik kat pasar malam ni?'
'Kita nak makan nasi kan, beli ulam lah. apa2 la'
'Ok'

Tetiba ternampak ulam pegaga..Dalam bakul ada beberapa ikat.

'Beli-beli! 1 seringgit'
'Pegaga seikat seringgit ka pakcik?'
'Yang tu, haa..seringgit semua'
'Ambil pegaga satu'

Sekali pakcik itu memasukkan semua pegaga dalam bakul tersebut dalam plastik. Dalam 4-5 ikat juga dalam bakul tu.
'Semua seringgit ka pakcik? Tudia, sapa nak makan' seloroh ku.
'Orang la cek, jangan bagi kucing plak' Pakcik melayan selorohku.

Adeh, pakcik2..rasa tak sampai hati menghulurkan seringgit ini pada pakcik. Pegaga ni banyak sangat. Lalu aku mencuri lihat kebelakang kereta yang dia gunakan utk mengangkut barang. Memang tahap kereta kat tempat pembuangan besi. Allahu, pakcik, betapa pakcik tak memandang harta dunia. Hanya mahu cukup2 makan. Di saat dunia semua mengejar duit, kesenangan dan kemewahan, pakcik selesa dengan hidup pakcik yang begitu.

Semoga keikhlasan dan kejujuran pakcik berniaga menjadi modal untuk pakcik beroleh syurga kelak. Semoga Allah sentiasa memayungi pakcik dengan rahmat dan hidayahNya..

Monday, June 13, 2011

Buletin Utama TV3

Balik cuti ni, ingat bolehlah konsisten untuk update hal-hal semasa dengan adanya tv di rumah.
Sekali tengok buletin utama, tv3. Aishh, sakit telinga dengar, sakit mata tengok. Sakit dengan fitnah yang ditabur dan putar belit yang dilakukan.

    

Tertanya-tanya di hati, bagaimanalah penonton lain yang daif akan kebenaran. Penonton yang betul-betul bergantung kepada media utama untuk mendapat info berkenaan hal semasa.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat:5]

Orang yang fasik disini adalah orang yang tidak kita yakini amanahnya; dia mungkin bersolat, tapi masih lagi melakukan maksiat dan dosa, tidak benar-benar beriman dengan ayat Allah dan berpotensi utk berbohong bagi menjaga kepentingan sendiri.
Menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini: bermaksud dengan info salah tentang sesuatu perkara, kita mungkin menyebarkan keyakinan salah tersebut kepada orang lain, membenci pihak yang tidak sepatutnya, dan juga mungkin membentuk satu persepsi negatif kepada pihak yang terlibat. Lantas menyebabkan kita membuat keputusan dan melakukan perkara yang salah. Perkara ini walaupun dilihat kecil, tetapi dalam konteks masyarakat, akan memberi kesan yang besar dan menyeluruh.
 Kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan: Betapa Allah menyayangi kita, mengajarkan kita cara terbaik dalam menerima berita. Dia tidak mahu kita menyesal akan perbuatan salah kita, hanya kerana kita tidak mengetahui kebenaran. Jadi Allah mengajarkan kita supaya selidik, mencari kebenaran dan tidak mudah untuk menerima sesuatu berita.

Kasihan kepada pihak media jika mereka juga antara golongan yang daif tentang kebenaran. Kasihan kepada mereka jika mereka terpaksa melakukan demikian atas sebab dunia dan survival kerjaya. Kasihan kerana mereka tidak mengetahui bahawa fitnah itu adalah lebih besar akibatnya daripada membunuh.

  JOM BERDOA!
Semoga Allah memelihara kita semua daripada info yang salah, daripada ilmu yang batil, daripada terlibat dengan fitnah, juga memelihara kita daripada mengutamakan kepentingan dunia daripada ajaran al-Quran.

Allahua'lam.


Sunday, June 12, 2011

Doa

Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang kepercayaanku terhadap doa makin meninggi.
Alhamdulillah, ini mungkin kerana

  • Allah banyak mengabulkan doaku, mungkin juga kerana 
  • usiaku yang bertambah, mungkin juga kerana 
  • aku banyak berpesan tentang keajaiban doa kepada orang lain, jua mungkin kerana
  • banyak bahan bacaan daripada buku self-help kajian orientalis barat menyokong ajaran Islam tentang doa
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka Sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.  [2:186]

Sungguh, Allah mencintai hamba-hambaNya yang banyak berdoa dan meminta.
Tetapi dalam kita berdoa, kita sebenarnya tidak tahu apakah yang sebaiknya untuk kita doakan. Apakah yang terbaik untuk kita usahakan. Apakah yang paling tepat untuk kita harapkan supaya terjadi.

Banyak sebenarnya dalam kejadian hidupku, dimana aku tertampar dengan perkara yang aku doakan. Bukan tidak bersyukur akan doa yang dimakbulkan, cuma ia menginsafkan. Akan perkara yang kita minta, barangkali tidak banyak manfaatnya, apa yang kita suka, barangkali menyebabkan perkara lain pula yang berlaku.

Menginsafkan aku bahawa:

Allah Pentadbir alam buana. 
Dia mengetahui akan baik buruk akan sesuatu perkara yang kita minta.
Dalam seronok berdoa kepadaNya kita pelu sedar akan kedaifan kita dalam urusan dunia.
Hamba yang tidak mengetahui akan perancangan Allah yang terbaik, tetapi hamba ini masih mahu meminta kepada Penciptanya. Meminta perkara yang dia sukai dalam urusan hidupnya.


كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan , Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:216]


Cantik sekali pengaturan ayat Allah. Jika dihayati dan diperdalami, mampu menjawab segala persoalan hati.


Cuma akhlak kita dalam berdoa. 

  • Doa dengan penuh keyakinan, yang Allah mendengar
  • Doa dengan penuh keyakinan yang Allah akan mengkabulkan doa
  • Doa dengan perasaan rendah diri bahawa kita hamba yang tidak mengetahui akan perkara terbaik
  • Doa dengan visi bahawa kita akan memperoleh apa yang didoakan berserta USAHA yang selayaknya
Allahu rabbi, terima kasih atas segala doa yang Engkau makbulkan. Kudoakan supaya diampunkan dosa2 nya daripada kesakitannya- tetapi Engkau memperpanjangkan kesakitannya utk menghilangkan dosa2 nya. Dengan ini ku berdoa supaya dikurangkan penderitaan kesakitannya, dilapangkan dadanya dalam menerima ujianMu serta dikasihani dirinya sepertimana dia mengasihaniku ketika kecilku. 
Engkaulah yang Maha mengetahui yang terbaik untuknya, tetapi aku tidak tertahan melihat dia dalam penderitaan. Hanya Engkau tempat kami meminta dan tempat kami mengadu.


Allahu a'lam.

Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini adalah permulaanku dalam dunia blog.
Kerana ku kira sekarang aku lebih banyak masa utk bermonolog,
sudah berkurang masa untuk berbicara dengan manusia.

Aku sudah punyai nikmat, mungkin ini adalah petanda daripada Allah untuk berkongsi rasa dan perasaan dengan pembaca blog dan pengguna internet yang lain.

Semoga usaha ini mendapat berkat dan rahmat daripadaNya.
Semoga aku sentiasa dikurniakan ilham dan rezeki untuk istiqamah dalam usaha ini.