Sunday, October 30, 2011

Secubit Kisah Nabi Musa II

Bismillahirrahmaanirrahim.
Seperti dijanjikan sebelum ini, mari kita sambung kisah nabi Musa berkenaan doanya kepada Allah. Sebelum itu mari kita tinjau kembali bagaimana sebenarnya nabi Musa berdoa =)

 قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨) وَٱجۡعَل لِّى وَزِيرً۬ا مِّنۡ أَهۡلِى (٢٩) هَـٰرُونَ أَخِى (٣٠) ٱشۡدُدۡ بِهِۦۤ أَزۡرِى (٣١) وَأَشۡرِكۡهُ فِىٓ أَمۡرِى (٣٢) كَىۡ نُسَبِّحَكَ كَثِيرً۬ا (٣٣) وَنَذۡكُرَكَ كَثِيرًا (٣٤) إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرً۬ا (٣٣) وَنَذۡكُرَكَ كَثِيرًا (٣٤) إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرً۬ا (٣٥)

Yang bermaksud;


Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28) Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (29) Iaitu Harun saudaraku; (30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (31) Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, (32) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, (33) Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; (34)Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.


Mari kita extract pula apakah permintaan yang diminta nabi Musa. 
Ada 5 permintaan semuanya. =)


1) Lapangkanlah bagiku, dadaku
2) Mudahkanlah bagiku, tugasku
3) Lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
4) Jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.
5) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, dan kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu.


Selepas diperintahkan Allah untuk memberi peringatan kepada Fir'aun;


Pergilah kepada Fira'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. [Taha:24]
Perkara pertama yang Nabi Musa minta adalah supaya dilapangkan dadanya. Seberat manapun tugas, kewajipan, tanggungjawab atau cita-cita yang mahu kita lakukan, perlu kita mulakan dengan dada yang lapang, minda yang positif, bukan dengan penuh kerisauan, dan memikirkan segala jalan kegagalan. 

Betapa pentingnya untuk mulakan segala kerja atau perlaksanaan sesuatu perkara dengan minda yang lapang/positif adalah dengan itu kita boleh dengan mudahnya:

i) membuat perancangan dengan penuh semangat! kenapa semangat itu penting? Kerana dengan kuatnya semangat pada langkah pertama dapat mendorong untuk kita terus melangkah pergi. 

ii) memikirkan strategi terbaik untuk berjaya. Kerana hati yang lapang dan positif dan membayangkan kejayaan sesuatu cita, jadi pemikiran kita lebih 'empathy' untuk memikirkan 'what it takes to succeed'.

Sorry cant give example here. (example will be given if requested and if readers cant understand) 

Permintaan kedua nabi Musa adalah supaya dipermudahkan urusan. Walaubagaimanapun kita merancang, sepatutnya tawakal dan penyerahan perlu datang bersama usaha kita. Tetapi bukannya tawakal tanpa usaha, tanpa perancangan. Selalunya dua aspek ini tidak datang serentak. Apabila kita betul2 mantap perancangan dalam sesuatu, kita lupa meminta untuk dipermudahkan. Atau jika kita minta dimudahkan perancangan, kita sebenarnya tidak betul2 spesifik dan merancang pun (",)

 Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[ali-Imran:200]


Kemudian nabi Musa meminta untuk dilepaskan simpulan daripada lidahnya. Ini adalah kerana diceritakan Nabi Musa ini seorang yang kurang fasih bicaranya, bagaimana mungkin dia boleh menyampai dan meyakinkan Fir'aun akan hakikat kewujudan Allah? Namun nabi Allah yang hebat ni, tak mudah-mudah untuk memberi alasan untuk suruhan Allah walaupun punyai kekurangan tapi dia meminta untuk dipermudahkan akan kekurangannya. 

Untuk konteks kita disini, kenalpasti kekukarangan/ kelemahan kita sebelum melaksanakan sesuatu perkara, adalah perlu! Kelemahan/kekurangan perlu untuk kita consider ke dalam perancangan. (bukan kenalpasti kelemahan utk kita menolak  beralasan dalam suruhan Allah). Untuk cerita Nabi Musa, baginda meminta secara spesifik untuk Allah atasi kekurangannya. Begitu juga dengan kita, berdoalah dengan spesifik, hadirkan hati dengan penuh pengharapan. 

Mantap kan nabi Musa! bayangkan kalau kita gagap, orang suruh kita bagi tazkirah kat kelas, pastinya kita membina segunung alasan;- gagaplah, ada orang lagi bagus boleh buat, nanti orang x faham sebab kita gagap, nanti akan makan masa yang lama utk kita menyampaikan so baik bg orang lain je and the list goes on ;)

Seterusnya, baginda mendoakan supaya didatangkan teman dalam usahanya berdakwah kepada Fir'aun. MasyaAllah, begitu dekat al-Quran yang Allah turunkan kepada kita.. Walaupun kisah ini beratus ribu tahun, pengajarannya sangat praktikal. 

Dalam setiap usaha dakwah, perancangan, gerak kerja dan sebagainya. Fitrah manusia sentiasa perlukan manusia untuk bergerak bersama- perlu berada dalam jemaah utk merealisasikan cita. Dalam konteks kehidupan seharian, kita perlu sahabat dan teman yang boleh kita kongsikan susah senang dalam mehnah hidup.

Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.

Sahabat itu pula secara spesifiknya perlu yang mampu bekerjasama dengan kita, yang boleh memberi komitmen. Ada perbezaan bersahabat + komitmen vs berkawan biasa? Bersahabat + komitmen disini bermaksud, kita boleh bersama  secara fizikal dan mental. Berkorban kehendak sendiri demi kemaslahatan bersama, dan tidak mementingkan hal dan keselesaan sendiri. 

Hmm, nampak mudah, tapi sebenarnya sukar untuk sesetengah orang. Namun itulah yang diminta nabi Musa. Bukan sekadar peneman fizikal untuk menghadap Fir'aun, tetapi peneman mental dan sahabat yang boleh berkongsi urusan dengan.

Yang terakhir, doa nabi Musa untuk baginda dan sahabat yang diminta kepada Allah tadi adalah; 

Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu. Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu. 

Bahagian terakhir doa baginda merangkumkan beberapa aspek dalam melaksanakan sesuatu perkara/ misi/ gerak kerja dakwah.

i) Dalam kita melaksanakan amal jamaie, atau menyahut seruan dakwah, atau berjihad atas jalan yang Allah redhai (termasuk menuntut ilmu), amal ibadah kepada Allah, ingatan kepadaNya, hubungan dengannya jangan sekali2 diambil ringan. Ya, memang masa kita akan berkurang apabila kita gunakannya untuk perkara2 diatas, namun mintalah kepada Allah dan berazamlah untuk terus menerus meningkatkan amalan dan zikir kepadaNya. Demikian yang diminta oleh Nabi Musa. 

ii) Kerana dengan hubungan yang dekat dengan Allah dapat terus memberikan semangat walau apa cabaran yang mendatang, dapat memberi jalan keluar atas segala kebuntuan, dan pastinya akan mendapat ganjaran berganda daripada Allah. (amal dakwah++, amal nafsi juga +++)

iii) Dalam kita meminta akan ketaqwaan daripada Allah, supaya dipermudahkan urusan amalan kita, harus kita minta juga untuk sahabat kita. Lihat disini, nabi Musa menggunakan 'kami' dalam doanya, supaya baginda dan nabi Harun sama2 dapat menjadi hamba yang disayangi Allah, sentiasa dikurniakan kemudahan kepada hati mereka untuk mengingati dan beribadah kepada Allah. Cantik disini, dalam kita bersahabat dalam gerak kerja, perlu juga kita ambil berat akan iman/amal sahabat seperjuangan kita.. Sentiasa doakan sahabat-sahabat kita, sepertimana kita mahu Allah kurniakan sesuatu kepada kita.. Doa dengan bayangan wajah-wajah mereka, atau sebut satu persatu nama sahabat kita. 

=.=".. Panjang lebar pula kali ni.
Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat beramal dan hubungkan konteks dengan keadaan masing-masing. InsyaAllah, kisah yang direkodkan dalam al-Quran ini, pasti membawa seribu satu pengajaran buat kita semua~~

Allahua'lam, wa astaghfirullah...


Thursday, October 27, 2011

Gua Ikut Enta The Movie

Assalamualaikum. Lama tidak menulis.. Masa tidak mengizinkan, terlalu banyak tanggungjawab dengan masa yang sedikit. Walabagaimanapun, itu bukanlah alasan, tetapi manifestasi keutamaan dalam hidup. Tetapi kali ini suka utk mempromosikan suatu program besar di tanah air, khusus untuk pemuda yang beragama Islam walau bagaimana sekalipun latar belakang mereka. =) 
Selamat menonton, dan moga dikurniakan kekuatan untuk menghadirinya.


PART 1

PART 2

PART 3

Friday, October 7, 2011

Ibrah dari Secubit Kisah Nabi Musa

Hari Isnin lepas amat sibuk. Hari yang pada mulanya dijadualkan hanya ada 1 lecture di waktu tengah hari (pagi memang pastinya di hospital) end-up sampai saya terpaksa jama' lunch dan dinner pada pkul 6pm, itupun dengan pisang goreng. Subhanallah Dia sebaik-baik perancang. Balasan untuk saya yang malas dan beralasan utk puasa. T__T

Meeting study group sudah mencecah 2jam, 
'Kita lama lagi ke nk bincang?'
'Sikit lagi kak'

5min kemudian, hp sudah 2x vibrate-
'Dah kena panggil ke kak?'
'ha'ah, agaklaa..'
'ok2, kita speed up sket'


Alhamdulillah, groupmate yang memahami, 2min kemudian saya bergegas solat asar seterusnya ke meeting yang lain

Tapi mesej tadi berbunyi:
'Akak, minggu lepas saya ada pesan akak utk bg amanat kan, kasi terbakar sket sahabat2 kita ni'
Astaghfirullah, lagi 15 minit meeting << Bisik hati kecil.
'Alamak, seryes akak terlupa. Pengisian apa2 pun xpela eh, kalau tak terbakar, awak tambah2 la bagi terbakar'
'Xpe2, kita usaha, selebihnya doa.'

Allahurabbi, minda yang masih belum tukar channel dr academic pressure, ditambah dengan perut yang super lapar, belum solat asar, tiba2 perlu fikirkan pengisian pula.. Adoi.. Allah, permudahkanlah. Lapangkanlah mindaku bagi memikirkan peringatan buat sahabat2 ku ini..

Alhamdulillah, Dia mendengar doa, dan menyusun masaku dengan cantik sekali. Diilhamkan ku ibrah daripada ayat Quran mengenai kisah nabi Musa. Taha: bermula dari ayat 9 sehingga 98, merupakan kisah nabi Musa. Namun, utk pengajaran kali ni, saya suka utk menulis tentang pada permulaan nabi Musa mendapat wahyu.


Kisah ini dimulakan apabila nabi Musa bersama isterinya puteri nabi Syuaib bermusafir, untuk kembali ke Mesir setelah sekian lama meninggalkan tempat kelahiran. Dalam perjalanan nabi Musa mendapat wahyu dan mukjizat seperti yang diceritakan dalam ayat 9-23.


Setelah Allah memperkenalkan diriNya kepada Musa dan dipertunjukkan mukjizat buat Musa, Allah memerintahkan nabi Musa menghadap Fir'aun- iaitu pemerintah Mesir ketika itu.


ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُ ۥ طَغَىٰ (٢٤
 Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.

Nabi Musa yang terkenal dengan kekuatannya- yang dapat membunuh hanya dengan sekali tumbukan, menerima perintah Tuhannya dengan doa penuh pengharapan;-

 قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28)

Pengajaran disini yang boleh untuk kita peroleh terutamanya dalam konteks dakwah adalah;-

1) Ianya bermula dengan pengenalan kepada Allah. Sedangkan Allah- tuhan yang berkuasa memegang hati, juga memulakan perintahnya dengan memperkenalkan dirinya, memberikan bukti kepada hambaNya supaya teguh keyakinan- kemudian baru diberikan tugas utk berdakwah dan menjadi khalifah. 
Jadi untuk kita para pendakwah, kita sendiri perlu betul2 kenal dengan pencipta kita; baik dari sudut ilmu mahupun hubungan dengan Allah. Begitu juga dalam menyampaikan Islam, perlu perkenalkan dahulu, siapakah Allah itu dan bagaimana sifatnya dan perkuatkan keyakinan dengan bukti2 dan tanda2 kekuasaanNya..

2) Sekuat manapun seseorang hamba, dia tetap perlu meminta dan meletakkan pengharapan yang tinggi. Samaada sebelum, semasa mahupun selepas berusaha! Nabi Musa yg sememangnya seorang lelaki gagah pun berdoa sebegitu kerdil minta dilapangkan dada, apatah lagi kita dalam kita yang memang kerdil? Sering kita terlupa untuk berdoa sebelum kita melakukan sesuatu usaha dakwah. Berdoalah sesungguh hati, letakkan pengharapan yang total kepada Allah dalam setiap usaha.

Mari kita lihat pula isi kandungan doa nabi Musa... Apakah signifikan isi kandungan doa yang disebutkan nabi Musa?

to be continue...=)