Bismillahirrahmaanirrahim.
Seperti dijanjikan sebelum ini, mari kita sambung kisah nabi Musa berkenaan doanya kepada Allah. Sebelum itu mari kita tinjau kembali bagaimana sebenarnya nabi Musa berdoa =)
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28) Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (29) Iaitu Harun saudaraku; (30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (31) Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, (32) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, (33) Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; (34)Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.
Mari kita extract pula apakah permintaan yang diminta nabi Musa.
Ada 5 permintaan semuanya. =)
1) Lapangkanlah bagiku, dadaku
2) Mudahkanlah bagiku, tugasku
3) Lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
4) Jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.
5) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, dan kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu.
Selepas diperintahkan Allah untuk memberi peringatan kepada Fir'aun;
Pergilah kepada Fira'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. [Taha:24]
Perkara pertama yang Nabi Musa minta adalah supaya dilapangkan dadanya. Seberat manapun tugas, kewajipan, tanggungjawab atau cita-cita yang mahu kita lakukan, perlu kita mulakan dengan dada yang lapang, minda yang positif, bukan dengan penuh kerisauan, dan memikirkan segala jalan kegagalan.
Betapa pentingnya untuk mulakan segala kerja atau perlaksanaan sesuatu perkara dengan minda yang lapang/positif adalah dengan itu kita boleh dengan mudahnya:
i) membuat perancangan dengan penuh semangat! kenapa semangat itu penting? Kerana dengan kuatnya semangat pada langkah pertama dapat mendorong untuk kita terus melangkah pergi.
ii) memikirkan strategi terbaik untuk berjaya. Kerana hati yang lapang dan positif dan membayangkan kejayaan sesuatu cita, jadi pemikiran kita lebih 'empathy' untuk memikirkan 'what it takes to succeed'.
Sorry cant give example here. (example will be given if requested and if readers cant understand)
Permintaan kedua nabi Musa adalah supaya dipermudahkan urusan. Walaubagaimanapun kita merancang, sepatutnya tawakal dan penyerahan perlu datang bersama usaha kita. Tetapi bukannya tawakal tanpa usaha, tanpa perancangan. Selalunya dua aspek ini tidak datang serentak. Apabila kita betul2 mantap perancangan dalam sesuatu, kita lupa meminta untuk dipermudahkan. Atau jika kita minta dimudahkan perancangan, kita sebenarnya tidak betul2 spesifik dan merancang pun (",)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[ali-Imran:200]
Kemudian nabi Musa meminta untuk dilepaskan simpulan daripada lidahnya. Ini adalah kerana diceritakan Nabi Musa ini seorang yang kurang fasih bicaranya, bagaimana mungkin dia boleh menyampai dan meyakinkan Fir'aun akan hakikat kewujudan Allah? Namun nabi Allah yang hebat ni, tak mudah-mudah untuk memberi alasan untuk suruhan Allah walaupun punyai kekurangan tapi dia meminta untuk dipermudahkan akan kekurangannya.
Untuk konteks kita disini, kenalpasti kekukarangan/ kelemahan kita sebelum melaksanakan sesuatu perkara, adalah perlu! Kelemahan/kekurangan perlu untuk kita consider ke dalam perancangan. (bukan kenalpasti kelemahan utk kita menolak beralasan dalam suruhan Allah). Untuk cerita Nabi Musa, baginda meminta secara spesifik untuk Allah atasi kekurangannya. Begitu juga dengan kita, berdoalah dengan spesifik, hadirkan hati dengan penuh pengharapan.
Mantap kan nabi Musa! bayangkan kalau kita gagap, orang suruh kita bagi tazkirah kat kelas, pastinya kita membina segunung alasan;- gagaplah, ada orang lagi bagus boleh buat, nanti orang x faham sebab kita gagap, nanti akan makan masa yang lama utk kita menyampaikan so baik bg orang lain je and the list goes on ;)
Seterusnya, baginda mendoakan supaya didatangkan teman dalam usahanya berdakwah kepada Fir'aun. MasyaAllah, begitu dekat al-Quran yang Allah turunkan kepada kita.. Walaupun kisah ini beratus ribu tahun, pengajarannya sangat praktikal.
Dalam setiap usaha dakwah, perancangan, gerak kerja dan sebagainya. Fitrah manusia sentiasa perlukan manusia untuk bergerak bersama- perlu berada dalam jemaah utk merealisasikan cita. Dalam konteks kehidupan seharian, kita perlu sahabat dan teman yang boleh kita kongsikan susah senang dalam mehnah hidup.
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.
Sahabat itu pula secara spesifiknya perlu yang mampu bekerjasama dengan kita, yang boleh memberi komitmen. Ada perbezaan bersahabat + komitmen vs berkawan biasa? Bersahabat + komitmen disini bermaksud, kita boleh bersama secara fizikal dan mental. Berkorban kehendak sendiri demi kemaslahatan bersama, dan tidak mementingkan hal dan keselesaan sendiri.
Hmm, nampak mudah, tapi sebenarnya sukar untuk sesetengah orang. Namun itulah yang diminta nabi Musa. Bukan sekadar peneman fizikal untuk menghadap Fir'aun, tetapi peneman mental dan sahabat yang boleh berkongsi urusan dengan.
Yang terakhir, doa nabi Musa untuk baginda dan sahabat yang diminta kepada Allah tadi adalah;
Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu. Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu.
Bahagian terakhir doa baginda merangkumkan beberapa aspek dalam melaksanakan sesuatu perkara/ misi/ gerak kerja dakwah.
i) Dalam kita melaksanakan amal jamaie, atau menyahut seruan dakwah, atau berjihad atas jalan yang Allah redhai (termasuk menuntut ilmu), amal ibadah kepada Allah, ingatan kepadaNya, hubungan dengannya jangan sekali2 diambil ringan. Ya, memang masa kita akan berkurang apabila kita gunakannya untuk perkara2 diatas, namun mintalah kepada Allah dan berazamlah untuk terus menerus meningkatkan amalan dan zikir kepadaNya. Demikian yang diminta oleh Nabi Musa.
ii) Kerana dengan hubungan yang dekat dengan Allah dapat terus memberikan semangat walau apa cabaran yang mendatang, dapat memberi jalan keluar atas segala kebuntuan, dan pastinya akan mendapat ganjaran berganda daripada Allah. (amal dakwah++, amal nafsi juga +++)
iii) Dalam kita meminta akan ketaqwaan daripada Allah, supaya dipermudahkan urusan amalan kita, harus kita minta juga untuk sahabat kita. Lihat disini, nabi Musa menggunakan 'kami' dalam doanya, supaya baginda dan nabi Harun sama2 dapat menjadi hamba yang disayangi Allah, sentiasa dikurniakan kemudahan kepada hati mereka untuk mengingati dan beribadah kepada Allah. Cantik disini, dalam kita bersahabat dalam gerak kerja, perlu juga kita ambil berat akan iman/amal sahabat seperjuangan kita.. Sentiasa doakan sahabat-sahabat kita, sepertimana kita mahu Allah kurniakan sesuatu kepada kita.. Doa dengan bayangan wajah-wajah mereka, atau sebut satu persatu nama sahabat kita.
=.=".. Panjang lebar pula kali ni.
Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat beramal dan hubungkan konteks dengan keadaan masing-masing. InsyaAllah, kisah yang direkodkan dalam al-Quran ini, pasti membawa seribu satu pengajaran buat kita semua~~
Allahua'lam, wa astaghfirullah...
No comments:
Post a Comment