Sunday, September 25, 2011

Doa Itu Dimakbulkan Allah dengan Pelbagai Cara





Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan untukNya yang sebenarnya telah banyak memakbulkan doaKu.. Apabila terkenang kembali segala nikmat yang ku peroleh pada masa ini, sebenarnya adalah perkara 2-3 tahun dahulu aku telah fikirkan, usahakan dan doakan.. Baiknya Allah, sengaja tidak mahu memberi terus, tetapi dilengahkan sekejap, utk memanjangkan tempoh meminta daripada hambaNya. Tanda sayangnya Dia kepadaku.. Namun manusia, seperti biasa, gelojoh dan mahu melihat hasil usaha/doa dalam kadar masa yang cepat. 


 وَيَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَآءَهُ ۥ بِٱلۡخَيۡرِ‌ۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولاً۬
 Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya dia ditimpa) kejahatan sebagaimana dia berdoa dengan memohon kebaikan dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. [al-Israk:11]


Alhamdulillah, salah satu permintaanku sejak kian lama sudah dimakbulkan Allah..Setelah pelbagai mehnah dan ujian yang kuhadapi, Allah mengurniakan permintaan hambaNya. Cuma aku pohonkan supaya nikmat ini sentiasa mendekatkan lagi denganNya. Kerana syaitan sentiasa mencari ruang utk dimasukkan jarum supaya manusia terbabas daripada membulatkan niat hanya untuk Allah..


Baru2 ini rintihan hati dan doa adalah untuk dibersihkan hati daripada memikirkan perkara yang tidak baik, supaya dihentikan lamunan jiwa fitrah manusia biasa.
Kemudian Allah hadirkan pula diri ini ke majlis ilmu yang membicarakan tentang taubat dan nafsu lawwamah. Nafsu lawwamah ini adalah nafsu yang selalu bertaubat, kemudian mengulangi lagi kesalahan dan maksiat tersebut. Berjurai air mata, mengenang diri yang lemah mengawal nafsu dan masih berada ditahap nafsu ini..





Tak berjaya juga, seterusnya Allah datangkan sebuah ketukan daripada sahabat yang entah datang dari mana, menyedarkan diri tentang amanah, tanggunjawab dakwah yang dipikul. Ini adalah maha berat. Dengan pikulan dosa dan nafsu yang belum terkawal, Allah datangkan teguran membina yang berat bagiku.


Namun, aku tahu dan yakin, dengan terpikulnya tanggungjawab dakwah dan perjuangan yang berat ini, aku tidak akan ada masa lagi untuk banyak berfikir akan dia, untuk banyak berfikir akan masa depan kami, bukan salah untuk berfikir/merancang. Tetapi, belum sampai masanya.. Banyak berfikir juga hasutan syaitan-  jadi perlu banyak berzikir dan berfikir akan perkara lain yang harus juga menjadi prioriti akal.


Allah, Engkau sangat baik terhadapku.. Dengan ini kupohon lagi agar Engkau memudahkan jalanku, meringankan benakku, melapangkan dadaku, mempermudahkan urusan duniaku supaya dengannya aku dapat mengecap kebahagiaan akhirat.. Semakin bertambah keyakinanku akan doa yang akan Engkau makbulkan dengan cara yang tidak kusangka-sangka.

No comments:

Post a Comment