Tuesday, September 27, 2011

Orang-orang yang Fasik.

Bismillahirrahmanirrahim,
Mari kita teliti salah satu lagi ayat Allah yang mulia di dalam Quran.. surah al-A'raf ayat 145- 146.
ڪَتَبۡنَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَلۡوَاحِ مِن ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ مَّوۡعِظَةً۬ وَتَفۡصِيلاً۬ لِّكُلِّ شَىۡءٍ۬ فَخُذۡهَا بِقُوَّةٍ۬ وَأۡمُرۡ قَوۡمَكَ يَأۡخُذُواْ بِأَحۡسَنِہَا‌ۚ سَأُوْرِيكُمۡ دَارَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (١٤٥) سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن يَرَوۡاْ ڪُلَّ ءَايَةٍ۬ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِہَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً۬ وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَىِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً۬‌ۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّہُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ (١٤٦


And We wrote for him, upon the tablets, the lesson to be drawn from all things and the explanation of all things, then (bade him): Hold it fast; and command thy people (saying): Take the better (course made clear) therein. I shall show thee the abode of evil-livers. (145) I shall turn away from My revelations those who magnify themselves wrongfully in the earth, and if they see each token believe it not, and if they see the way of righteousness choose it nor for (their) way, and if they see the way of error choose if for (their) way. That is because they deny Our revelations and are used to disregard them. (146) Those who deny Our revelations and the meeting of the Hereafter, their works are fruitless. Are they requited aught save what they used to do? [al-A'raf:145-146]


Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Luh-luh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik (derhaka). (145) Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (146)


Tadi berpeluang utk tadabbur ayat-ayat suci yang sentiasa mendamaikan hati.. Kali ini adalah tentang orang fasik. Tertarik dengan penjelasan al-Quran yang senang difahami tentang orang fasik ini.. 


*jika mereka melihat (bukti), mereka tidak beriman


*jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya


*jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya


*mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai


Orang fasik adalah orang yang tahu akan mana satu jalan kebaikan, mana satu jalan dosa, namun mereka masih memilih jalan dosa. Dan Allah menutup dengan mengatakan perkara ini tidak lain  adalah kerana mereka mendustakan ayat Allah dan mereka lalai akan peringatan dan pengajaran agama.
Nauzubillah..


Apabila difikirkan, beberapa kali juga kita berada dalam keadaan begitu.. keadaan yang tahu akan perkara salah yang kita lakukan, tapi hati kita masih mahu melakukannya. Atau, keadaan yang kita menolak kesalahan sesuatu perkara, hanya kerana kita mahu melakukannya.. 


Kita sedapkan hati kita supaya tidak rasa bersalah, sehingga lama kelamaan perkara tersebut menjadi biasa, lalu keraslah hati kita daripada menegur diri melakukan dosa.. lalu semakin sukarlah untuk kita menerima hidayah mahupun petunjuk Allah, lantaran hati yang keras, yang sudah terbiasa menolak ketukan hidayah. 
Nauzubillah..


Sering juga kita mendengar kata-kata, 'Ah, masih muda, masih ada masa utk berubah, masih belum sampai seru, tunggu hidayah Allah datang, dsb'


Sebenarnya detik ketika perkataan itu terpacul, detik itulah terketuknya hidayah Allah di pintu hati. Hati sedar akan itu, tetapi tidak mahu membuka pintu hati untuk menerima kedatangan hidayah itu..


Tetapi, ayat di atas sungguh indah, jelas dan senang difahami. Akan siapakah orang fasik, dan bagaimana kita boleh tergolong dalam golongan ini. Sungguh di dalam al-Quran itu terdapat nasihat2 indah daripada Allah kepada hamba-hambaNya.. Tinggal kitalah yang perlu sentiasa membaca, tadabbur, dan cuba memahaminya daripada terjemahan dan tafsir.. 


Semoga dengan memahami ayat-ayat Allah, hati kita menjadi lembut dan senang untuk menerima hidayah.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang fasik.


Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment