Thursday, April 12, 2012

Kewarasan



Nikmat yang sering dilupakan adalah nikmat kewarasan.
Nikmat besar yang tak pernah kita fikirkan betapa hilangnya segala nikmat dunia apabila kewarasan diambil kembali.


Allahuakbar.. terima kasih ya Allah memberikan aku peluang berada dalam bidang perubatan.
Maha hebat Allah yang menciptakan mekanisme manusia berfikir dan memberi reaksi. Mind, thinking process, sanity.. most of them are uncertain and still considered as theory.


Bersyukur yang amat aku, apabila berjumpa dan diberi peluang mendalami hidup pesakit psikiatri ini.
Reaksi mereka, lakuan mereka, bukan yang dibuat-buat; kadang2 perut menahan ketawa, jiwa seram sejuk mendengar pengalaman mereka yang bukan direka-reka. Ianya berbeza sekali dengan gangguan syaitan/hantu. Menarik untuk difikirkan, bagaimana ianya berbeza. Sungguh Allah maha halus dan teliti ciptaanNya..


Semoga kita sentiasa diberi kewarasan di dunia, dalam menentukan baik buruk, dalam memilih jalan dosa  pahala, dan dalam menentukan destinasi syurga mahupun neraka. =)

Tuesday, April 10, 2012



alhamdulillah.....


lama dah tak menulis blog.
4th year ni memang mencabar.. sekarang dah masuk 2nd rotation, psychiatry..
and this morning we had a 1st quiz, terrible, but luckily alhamdulillah, i passed! hehe


namun entry kali ni bukan berkenaan psych, tapi pasal adik2 usrahku..
weekend haritu, jadual sangat padat, ada program  pada hari sabtu yang memakan seluruh minggu sebelumnya.. namun wajah adik2 usrahku nun jauh 40km di seberang laut teringat-ingat..sudah hampir sebulan tidak bersua, hanya kerana exam dan kekangan pelajaran T_T




pre-usrah memang banyak emosi dan ujian; kepenatan program sebelumnya, keseorangan, ketidaksempatan prepare material, tuntutan study group, quiz psych, dsb...
namun semuanya tidak lain hanya menguatkan semangatku utk pergi berusrah..kerana sebulan merupakan masa yg ckup panjang utk terpisah..


setelah tiba di rumah mereka, kehadiran tidak memberansangkan..namun memang lumrah pendakwah,gembiranya pada sambutan hangat, tapi apabila sambutan hambar, kecewa pada yg tidak datang, tapi lupa meraikan hati2 yang tampil awal.. 


sepanjang usrah..masyaAllah,
1) ilham itu sungguh, datang daripadaNya..Allah maha baik, kalau diharapkan dosaku yang menyelubungi hati, pasti dan pasti lidah kelu,tiada pengisian yang mampu diberikan.. Allah membuka hatiku, melancarkan lidahku dalam mengendalikan usrah kali ni..
2) masyaAllah yang kedua...butir2 kata daripada adik2 usrah, reflection ayat tadabur seperti butir peluru ais, sakitnya mengena jiwa yang panas dengan dosa, namun menyejukkan kembali kerana sifat tazkirah itu menyamankan jiwa yang kepanasan, tandus dengan dosa2.. T_T


selepas daripada usrah..aku bermonolog.
demi Allah, sesungguhnya aku lah yang memerlukan usrah ini, walaupun pada dasarnya akulah naqibah, namun pada hakikatnya aku memerlukan mereka bagi membangkitkan imanku, bagi menaikkan semangatku, bagi mengetuk nafsuku, supaya hari2ku tidak hanyut ditelan gelombang dunia dan segala nikmat didalamnya.


sungguh aku bersyukur, diberi nikmat kemanisan memberi usrah, biarpun penat, memakan masa separuh hari..
sempurnakanlah nikmat ini ya Allah, jangan Engkau cabut kemanisan usrah daripadaku, jangan Engkau keraskan aku pada routine harian hidupku yang sibuk. =.="

Tuesday, March 27, 2012

solat yang khusyuk



Solat khusyuk, ingat Allah untuk raih keberkatan


Di luar waktu solat, mungkin manusia terganggu untuk mengingati Allah SWT. Tuhan telah perintahkan supaya manusia mendirikan solat semata-mata untuk mengingati-Nya seperti yang ditegaskan dalam surah Toha ayat 14.

   
Tiada percakapan atau perbuatan selain itu diperlukan dalam ibadat solat. Justeru itulah saat yang paling sesuai untuk mengingati Allah (zikrullah) dengan khusyuk.
    Jika ketika solat yang Tuhan perintahkan supaya mengingati-Nya, tiba-tiba tidak ingat juga kepada-Nya bahkan lalai dengan perkara duniawi, maka apakah jaminan untuk ingat kepada Allah SWT pada ketika yang lain.
    Ingat kepada Allah SWT dan khusyuk itu adalah dua perkara yang sebati menjadi satu. Sebuah lagi firman Allah SWT yang menegaskan bahawa khusyuk itu suatu kewajipan bagi orang yang beriman, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1 dan 2)

    Allah SWT beri jaminan kepada orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya, sebagai orang yang berjaya dan bertuah. Lantaran usahanya bersungguh-sungguh menyelaraskan antara kata hati dan ucapan lidahnya dalam solat.

    Dalam surah al-Mukminun itu Allah SWT telah menyenaraikan ciri-ciri orang yang berjaya, iaitu orang-orang yang menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak berfaedah.

    Diikuti orang-orang yang menunaikan zakat. Seterusnya orang-orang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki.

    Tetapi dalam banyak sifat orang-orang yang berjaya itu, Allah SWT letak khusyuk dalam solatnya sebagai sifat bertuah yang terulung.

    Tujuannya untuk memberitahu bahawa orang yang kehilangan khusyuk dalam solatnya, bererti telah tertinggal jauh di belakang atau terlepas peluang untuk mencapai kejayaan dan kelepasan daripada azab di akhirat kelak.


    Ini menunjukkan bahawa khusyuk dalam solat itu amat dikehendaki dan sangat disetujui oleh Allah SWT.

    Ia menjadi agenda utama di samping menjaga sifat-sifat al-falah yang lain, seperti ditegaskan dalam surah al-Mukminun itu.


    Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Hanya sanya solat itu ialah beribadat dengan tetap dan ketenangan hati (tamakkun), kerendahan diri dan jiwa (tawaduk), berharap (tadharru’) terhadap Allah SWT di samping meletakkan kedua-dua tangannya ke dada dan memohon doa (Allahumma, Allahumma).”

    Lantaran terdapat banyak doa dalam solat, maka di antara pengertian solat ialah doa. Selain suatu ibadat yang dimulai dengan Takbiratul Ihram dan diakhiri dengan salam, serta beberapa rukun qalbi, fi’li dan qauli di dalamnya.


    Misalnya dalam bacaan al-Fatihah terdapat doa yang memohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, iaitu jalan para nabi dan mursalin.

    Juga minta dijauhkan daripada perkara terkutuk seperti yang dilakukan oleh puak Yahudi, jalan sesat yang dilakukan oleh golongan Nasrani.

    Sesiapa yang tidak melakukan solat dengan tamakkun, tawadhdhu’ dan tadharru’, maka solatnya disifatkan oleh Nabi s.a.w. itu sebagai hidaj (kudung), maksudnya ibadat itu cacat dan tidak sempurna.


    Manusia mesti mengenali Tuhannya yang disembah itu adalah Allah SWT yang Maha Cantik (Innallaha Jamil wa Yuhibbul Jamal), Dia tidak menerima ibadat melainkan ibadat yang cantik juga (sempurna tidak kudung).

    Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang solatnya tidak mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar, tidaklah mendekatkan dirinya dengan Allah SWT, melainkan dia semakin jauh daripada-Nya.”


    Jika makanan daripada bermacam jenis mengandungi pelbagai zat dan khasiat untuk tubuh badan manusia, solat adalah ibadat fardu yang semestinya mempunyai khasiat yang luar biasa. Khasiat solat ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud:

    “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut ayat 45)


    Ayat tersebut adalah jaminan Tuhan terhadap orang yang melakukan solat dengan khusyuk dan sempurna.

    Jika seseorang menunaikan solat tetapi perkara keji dan mungkar masih dilakukannya, ia jadi hujah bahawa sebenarnya orang berkenaan tidak mendirikan solat, seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

    Meskipun mereka mendakwa telah mendirikan solat, tetapi di sisi Tuhan solat orang itu tidak diiktiraf sebagai solat.

    Ini kerana solat yang dilakukan tanpa khusyuk, dan tidak memenuhi seperti yang disyariatkan oleh Rasul-Nya Muhammad s.a.w., sebaliknya ia hanya himpunan gerak-geri dan bacaan, sekadar suatu kelaziman bagi orang yang lazim mendirikan solat.


    Dilihat seolah-olah bagaikan solat, melakukan rukuk dan sujud tetapi pada hakikatnya ia sekadar suatu pergerakan tubuh badan yang dilihat menyerupai solat.

    Rukuk dan sujud jenis itu, tidak dianggap rukuk dan sujud jika dilakukan dalam keadaan lalai dan tidak khusyuk kepada Allah SWT.

    Ibarat orang yang sakit mendakwa telah makan ubat, sebenarnya apa yang dimakan hanyalah benda yang pada zahirnya menyerupai ubat.

    Tetapi ia bukannya ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar. Justeru itu penyakitnya semakin tenat dan tidak sembuh.

    Jika seseorang itu benar-benar mendirikan solat seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w., Allah SWT beri jaminan bahawa solatnya itu mampu mencegah perkara keji dan mungkar, jaminan tersebut suatu yang pasti.


Dipetik daripada ruangan Mauidzah oleh  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harakah 5-8 Rabiulakhir 1433 / 27 Februari – 1 Mac 2012
 

Thursday, January 5, 2012

Malam Jumaat dan Yasin

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Jumaat penghulu segala hari..
Dipermudahkan lagi Allah untuk sentiasa beribadat kepadaNya..Tiadalah daya upaya untuk terus beramal atas jalanNya, tanpa kemahuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Berkuasa..
Alhamdulillah atas segala nikmat dan ingatanNya kepada hambaNya yang lemah ini.



Lama sudah tidak melibatkan diri dalam bacaan Yasin beramai-ramai di masjid.. Sejak mengetahui bacaan Yasin bukanlah sunnah, dan sejak diperkenalkan dengan sunnahnya bacaan al-Kahfi pada hari jumaat, saya lebih memberi perhatian, masa dan kecenderungan untuk menghabiskan bacaan al-Kahfi yang jauh lebih panjang itu. 


Namun, pada malam ini, Allah cenderungkan hati dan kuatkan tekad diri ini utk melangkah ke masjid negeri yang memang menjadi kecintaan saya sejak datang kesini... Rindu pada masjid membuak-buak..Selalunya, saya mengelak untuk datang ke masjid pada malam jumaat kerana beriltizam dgn amalan al-kahfi, tetapi berbeza pada malam 12 safar ini..


Saya memilih untuk tidak melihat kepada text yasin, kerana saki baki hafalan surah ini masih mampu  menggerakkan lidah sambil dibantu bacaan imam yang indah. Jadinya saya melihat kepada maksud ayat-ayat dalam surah ini..Tiada pernah pula dipelajari tafsir surah ini dalam mana2 kuliah tafsir, jadi agak sukar utk mendalami akan maksud sebenar, asbabun nuzul dan makna tersirat yang tidak terjangkau dek ceteknya ilmu.
Namun hati tetap mahu untuk tadabbur ayat-ayat Yasin yang menjadi amalan masyarakat sekeliling dan amalan sebelum ini.

Sehingga sampai kepada ayat menceritakan tentang dialog dan kesudahan orang2 yang kufur (ingkar) kepada Allah...Hati merasa bersyukur kerana bukan tergolong dikalangan org yang ingkar akan ajaran yang dibawa Rasulullah saw. Seterusnya ayat tersebut mengatakan, 



"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;"


Allahurabbi, sungguh aku mahu tergolong dalam golongan ini, namun dosaku menggunung, nafsuku masih lagi tidak mencapai nafsu muthmainnah, amalan ku pula tiada banyak, solatku pula kadangkala tiada kusyuk, adapun amalan2 itu tiada pula mencegahku dari perbuatan keji dan mungkar, adakah ianya bermaksud Engkau tiada menerima amalan2 ku....T__T
Allahurabbi, mata mula bergenang..
"Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman)."



Gementarnya hati ini membayangkan Allah yang mulia itu menghalauku dari mendekati syurga, dari mendekati ahli2 syurga yang mulia itu.. Ayat ini sungguh kena! Allah menghalau orang yang berdosa....Sungguh, aku masih tiada lagi sifar dari melakukan dosa...Jangan ya Allah, jangan Engkau halau diri ini ke nerakamu.... Sungguh aku didunia ini tidak bersungguh melawan bisikan syaitan dan nafsu, aku menuruti kemahuan dan kehendakku seperti turutnya daun kering yang jatuh dibawa arus sungai.. Ampunilah aku ya Allah... Ampunilah aku..


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62)Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) "


Ya Tuhanku..Benar kata2 Mu.......
Aku menyembahMu tetapi aku menuruti syaitan.. Sungguh aku tergolong dalam golongan yang zalim, jika Engkau tidak meramatiku, maka tiada daya upaya tergolonglah aku dalam golongan orang yang rugi..
Aku insaf yaAllah, sungguh aku berfikir ya Allah...Ku pohon jua kepadaMu supaya dikurniakan kekuatan diri dalam mujahadah melawan nafsu, dalam kuat menepis bisikan syaitan..
Sementara hidupku masih ada, kentalkan diriku supaya sentiasa lurus pada jalanMu, supaya tidak disesatkan oleh syaitan dengan segala kenikmatan dunia.



"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)"


Allahu akbar, Engkau Maha Kuat, Maha Mengetahui... 
Takutnya apabila membayangkan fikiran dan tutur kita tiada boleh membela diri lagi, segala anggota kita mengadu kepada Allah akan salah guna yang kita lakukan semasa hayat kita dahulu, tubuh badan kita memberitahu kepada Tuhan mereka yang tuan mereka melakukan itu dan ini, tidak digunakan kepada jalan ketaatan, tapi digunakan untuk mengecapi dunia dan kemahuannya sahaja..T__T

Allahurabbi,  jauhilah diri ini dari terbelenggu oleh perbuatan zalim ku ini..
Terima kasih ya Allah kerana masih menjadikan hati ini sensitif akan teguran dan ayat-ayatMu..
Kupohon sekali lagi ya Allah, bukakanlah jalan kebaikan, tutuplah jalan kejahatan dan jalan dosa, kuatkanlah semangat dalam menuju syurgaMu dan, serulah daku di hari akhirat nanti;-



"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!(30)


Pemandangan indah kubah masjid diwaktu malam.
Hatiku pergi meninggalkan masjid (walaupun ada forum sampai 11pm, namun terpaksa pulang awal sebab datang seorang diri berjalan kaki pula) dengan perasaan berbunga-bunga akan cinta kepadaNya.. Bersama dengan harapan akan diampunkan dosa2 dan hari yang lebih baik daripada sebelumnya.. Jadi kurakamkan perjalanan pulang dari masjid <3
 



Pintu belakang masjid.

Jalan belakang menuju ke masjid. Kubah yang dilindungi pohon besar.
Pemandangan daripada jejantas =)
Dari jejantas...
 Semoga Allah makbulkan doa kita semua dalam usaha kita mendapat redhaNya, dalam perjalanan kita menuju syurgaNya..   

Monday, December 26, 2011

How The Poor Live

Spreading and sharing a good thought;-

How The Poor Live

One day, a father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the firm purpose of showing his son how poor people live. They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family. On their return from their trip, the father asked his son, “How was the trip?”

“It was great, Dad.”

“Did you see how poor people live?” the father asked.

“Oh yeah,” said the son.

“So, tell me, what did you learn from the trip?” asked the father.

The son answered, “I saw that we have a pool that reaches to the middle of our garden, and they have a creek that has no end. We have imported lanterns in our garden, and they have the stars at night. Our patio reaches to the front yard, and they have the whole horizon. We have a small piece of land to live on, and they have fields that go beyond our sight. We have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, but they grow theirs. We have walls around our property to protect us; they have friends to protect them.”




The boy’s father was speechless.

Then his son added, “Thanks, Dad, for showing me how poor we are.”

Our First Birth-Gift: The Freedom to Choose

The essence of being human is being able to direct your own life. Human act but animals and robots react! Human make choices based on their values. This power of choice means that we are not merely a product of our genes; not a product of how other people treat us. Both of them influence us, but they do not determine us. Human are self-determining thru our choices.

“Between stimulus and response there is a space. In that space, lies our freedom and power to choose our response. In those choices lie our growth and our happiness.”

With many who have grown up with unconditional love in supportive circumstances, the space may be very large. With others, due to various genetic and environmental influences, it may be very small. However the key point is there is a space, and the use of that space and the opportunity to enlarge it exist!

The maverick psychiatrist R.D Laing captured in the words below how failing to notice that we have this space kills our ability to change. Human alone have self-awareness.

“The range of what we think and do is limited by what we fail to notice. And because we fail to notice that we fail to notice, there is little we can do to change until we notice how failing to notice shapes out thoughts and deeds.”

No matter what has happened, is now happening or will happen, there is a space between those things and our responses to them.


-adapted from The 8th Habit, under subtitle 
Our First Birth Gift: The Freedom to Choose.

Friday, November 25, 2011

disclaimer..

Alhamdulillah.. bahagia!

Teringin pula menulis dari hotel Taiping ni.. Posting yang ada baik dan ada buruknya. Buruknya kerana berada dalam keadaan musafir, dan baiknya kerana tinggal di dalam bilik hotel yang selesa, ada orang kemas setiap pagi, flat screen, hospital yg selesa dan tak congested macam kat Penang dan patients yang mesra rakyat =)
Banyak yang baiknya.. Tapi ini juga tempat saya menerima berita best yang menjadi batu loncatan pada hidup saya (i guess).

Jadi hotel ini akan selamanya (insyaAllah) menjadi salah satu memori utk dipasakkan kenangan indah.. *jiwang

Explaining the title above, i'd just like to make an important disclaimer (as a layman usage, not legal practitioner) to my previous entry..

After posting it, of course i feel a lil bit relieve, but yet also feel guilty. Guilty to Allah, to react in such a way.
Why is that so?

The feeling I described it it, the emotion that I delivered are manifested because I am feeling negative, because I'm in negative side of receiving things. To describe it in islamic point view;

Rintihan yang terlahir dek kerana kesedihan yang meruntun jiwa, stress, loneliness adalah kerana saya berlatarbelakangkan perasaan yang tidak mengingat akan nikmat Allah.

* It's like an acute exacerbation of COPD(chronic obstructive pulmonary disease) secondary to pneumonia.

Pneumonia is just a simple lung infection, but underlying COPD make it even worse on presentation.

Ujian yang Allah datangkan hanyalah satu ujian simple, tetapi disebabkan saya berlatarbelakangkan perasaan negatif, ujian tersebut menjadi satu perkara yang sangat torturous (menyakitkan).

Tetapi dalam masa yang sama, saya meraikan fitrah diri untuk merasa sedih dan terbeban dengan ujian yang diberikan, namun reaksi yang lebih mulia untuk diberikan adalah; bersyukur dan bergembira dengan nikmat lain yang Dia kurniakan. Bukan merasa pedih dengan ujian yang menimpa.

Astaghfirullahal'azim,, semoga Dia mengampuni hamba yang lemah ini.. Semoga saya sentiasa diberi kekuatan dalam menjalani ujian hidup yang pastinya membentuk diri yang lebih baik. =)

Terima kasih Allah!



-Ditulis di Taiping, diedit di Penang.

Sunday, November 20, 2011

Beratnya ujian

astaghfirullah, ujian apakah ini..
ya Allah, dahsyatnya situasi yang Engkau berikan..
astaghfirullahala'zim, adakah dosa aku tersangat menggunung, hingga Engkau berikan ujian sebegini utk Engkau ratakan gunung dosaku T__T

sejak seminggu dua ini, demikianlah bisikan hati.. Allah, Allah..
memang Engkau mahu menguji pergantungan ku padaMu.
pergantungan secara total. tiada sahabat, tiada ukhwah, tiada manusia. Apatah lagi gurauan, teguran, concern, tanya kabar.. Tapi husnuzhon ku untuk sahabat yang tinggi iman ini mendoakan ku, tiada putus. There must be a reason behind this.. Tapi hati lemah ini sudah rapuh, sudah longlai untuk bersangka baik...

Ya Alllah, aku sudah berusaha memperbaiki keadaan. Apakah ini datang dari kelemahan ku? dari buruknya akhlakku? dari banyaknya dosaku? dari hinanya diriku untuk memegang title sahabat? Allah..Allah, tiada lagi daya upaya ku untuk bersangka baik utk manusia.. Aku hanya bersangka baik keatas Mu yaAllah..yang tiada cacat cela dalam setiap pengaturan. Doaku tiada putus untuk hatiku, dan hatinya.. Untuk kumaafkan dan kulupakan, sangat perit. Dalam keperitan redha akan ujian ini, aku serahkan perhitungan itu kepadaMu, kerana hanya Engkau yang layak menghakimi - sedang aku tiada pengetahuan untuk memberi sebarang keputusan. Ada kalanya, peritnya dunia ini menjadikan aku mahu pergi kepadaMu, sedang aku lupa, aku masih perlu beribadat lagi kepadaMu, aku masih lagi mahu beramal, aku masih ada dosa untuk dibersihkan, aku masih mahu menyumbang kepada agamaMu.. agar dapat aku kecapi syurgaMu yang indah.

Namun ya Allah, peritnya hati ini.. tiada aku mahu kehitaman ini, mahupun kekelabuan perasaan.. aku mahu jernih, sinar berlian dalam hati ini, baik kepadaMu juga kepada manusia ciptaanMu..susahnya mendidik hati supaya crystal clear dari detikkan buruk, dari emosi negatif, dari benci..
sungguh ya Allah tolong selesaikan hal ini..tiada daya dan upayaku mengatasi ini tanpa pertolonganMu.. selama 2 minggu aku hanya berlagak cool dengan manusia~~ sedang hanya kepadaMu aku menangis. Allah, Allah..please guide me thru this, help me thru this..tarbiyah Mu maha hebat. semoga natijahnya, hati dan akhlak yang baik juga~

astaghfirullahal'azim..

Tuesday, November 8, 2011

Lagu Melayu.. Lagu omputih

Bismillahirrahmaanirrahim..

Tulisan kali ini adalah cetusan idea daripada video dibawah, dan apa yang saya fikirkan sepanjang 5.15 minit melihat video ini. Silakan menonton dahulu =)




I found this video to be super hilarious, but yet offensive to certain people. But I do understand of why the videomaker reacted in such a way..


Matluthfi, this time he brought up quite a sensitive and controversial message to public in such an offensive approach. But sometimes sarcatism works better (",)

Why I use this video as my choice of entry for this time? Because its fun, and after watching this my mind got very nauseated with things I'd like to response and they just cant wait to be vomitted out. Oh yes, absolutely I'm agree with him, and I'd like to make some additions from my point of view.


1) Point utk lagu kedua: berdua bersatu by .. 14?

Lagu yang membawa kepada imaginasi buruk. Saya suka point ini kerana saya pun begituuu!


Sedar tidak sedar, halwa telinga yang kita dengar dan hiburan mata yang kita tontoni memberi kesan kepada cara berfikir dan bertindak. Kalau sesiapa yang pernah melihat video The Arrivals- hiburan adalah salah satu cara untuk
melemahkan pemikiran kita in various indirect unseen ways.

Not to forget English song as well, saya langsung tidak mendengar radio melayu tempatan, tetapi kadang kala mendengar English local radio station. Boleh dikatakan SEMUA top rated English songs adalah berunsur 18sx. 
Dont believe me? Go find the current English song chart, and digest the lyrics- and u'll find urself become a sex maniac (ok hyperbola disini).


Kembali kepada lirik lagu berdua bersatu itu juga sudah cukup untuk menjadikan kita kurang sensitif dengan aktiviti couple dan berdua-duaan, berpegangan tangan, kerana kita memahami dan empathy akan perasaan cinta dan kasih diantara pasangan tersebut. Bukan masalah jiwang atau tidak, tetapi kerana layanan perasaan yang tidak sepatutnya ini menjadikan minda berimaginasi perkara2 best yang disebut didalam lagu. Lantas, kurangnya sensitiviti dan imaginasi yang membuak-buak ini akan membawa kepada maksiat yang berleluasa. Oh ye, itu juga faktor penambah kpd anak2 luar nikah yang dibunuh dan dibuang. Ok blames on the lyric.


2) Saya tidak akan komen tentang buta seni; unsur hyperbola, metafora yang salah, simile yang tak sama, atau personifikasi yang tak sesuai. Tetapi, kita harus sedar pembuat lirik membuat lirik berdasarkan idea sendiri, apa yang mereka fikir, kotak fikiran/ paradigma mereka, educational background, marketing purpose of course, and etc. 


Apa yang akan saya tekankan disini adalah kotak fikiran mereka atau paradigma. Ia adalah satu cara seseorang itu berfikir, memperoleh idea, dan menyampaikan sesuatu perkara. 


ya. kotak fikiran @ paradigma


Paradigma dibina oleh aktiviti/pekerjaan seharian, bahan bacaan, hobi, cara dibesarkan semasa kecil, sekolah, kawan2, media, rancangan tv yang digemari etc.


Knowing that their background is purely entertainment; not education/humanitarian/self improvement/life/values, we wont stuck into their world by listening to their constricted ideas.
Got what I mean? 


Boleh untuk mendapatkan hiburan daripada lagu-lagu begini, but it's purely for entertainment. Malay - hiburan. Aka berhibur, bersuka-sukaan, bergembira. Not for ur soul, mind or thinking process. But as I warn earlier, every input we take, it will absolutely affect us internally and unnoticely manifest in our output.


3) This is the part where we, the listener should react; not reactively, but proactively. 


"It's not what happens to you, but how you react to it that matters"
-Greek philosopher


     1. Aware @ sedar akan jenis hiburan yang mengelabui dunia dan persekitaran kita.


     2. Choose @ pilih akan hiburan yang sesuai berdasarkan apa yang kita mahu diri kita terbentuk dengan. (mcm pelik je ayat ni) Maksudnya, jika kita mahu hiburan yang menghiburkan tapi membawa kesan buruk kepada minda dan jiwa, kita boleh pilih. Atau kita mahu hiburan yang tidak glemer dan up-to-date tetapi membawa kesan baik kepada minda/jiwa atau sekurang-kurangnya tidak memberi impak negatif, kita boleh pilih. 


Its a hard decision, sebab kita sudah terbiasa dengan hiburan/ gembira/ happy dengan lagu2 dipasaran.


     3) Intensity. Satu lagi faktor yang perlu dititikberatkan adalah intensity atau frekuensi(kekerapan) kita menerima dan mengambil hiburan dalam hidup. Lagi tinggi intensity hiburan, kerap mendengar radio/lagu pelik2 itu, lagi banyak kesan buruknya kepada kita. Buruk kepada minda, buruk kepada iman, buruk kepada amal serta tingkah laku. 


Hiburan yang dibolehkan dalam Islam adalah hiburan yang mendidik jiwa. Jika mahu berhibur cara Islam, muhasabahlah hiburan yang kita ambil dalam hidup, dapatkan ia mendidik jiwa dan menambah iman?


Mari berhibur dari Raihan http://www.youtube.com/watch?v=X3ndECnPtFc

Jika tidak mahu berhibur secara Islam pun, terasa bosan dengan lagu slow, nasyid atau bacaan Quran, fikirkanlah impaknya lagu-lagu hebat dipasaran kepada minda dan output kita.



Saya perbahaskan entri kali ni dari aspek orientalis, atau bacaan-bacaan barat yang saya baca, bukan ayat Quran atau dalil hadis dsb. Kerana, ianya merupakan cabang yang berlainan daripada konteks perbincangan. 


Tetapi suka diingatkan, hiburan dalam Islam jatuh dalam perkara yang sia-sia atau lagha. Dimana ianya apabila dikumpul-kumpulkan membentuk dosa.


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
al-Mukminun: 1-3 


Allahua'lam.
Terima kasih kerana membaca sehingga habis.. Semoga mendapat manfaat daripada tulisan ini =)






Friday, November 4, 2011

Islam di Dunia Lain

Suka untuk saya kongsikan disini kebangkitan Islam di luar Malaysia - satu pendedahan daripada wakil Persatuan Ulama Dunia, bukan Persatuan Negara2 Islam (OIC). Pendedahan kita terhadap perkara sebegini menjadikan minda lebih terbuka (secara tidak sedar) dan juga sebagai menyahut hadis Rasulullah. Jadi jom dengar!

“Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang  

permasalahan ummat, mereka bukan dari kalangan kami”. 

(Hadis Nabawi)



Klik! >> Bicara Asia Barat

Sunday, October 30, 2011

Secubit Kisah Nabi Musa II

Bismillahirrahmaanirrahim.
Seperti dijanjikan sebelum ini, mari kita sambung kisah nabi Musa berkenaan doanya kepada Allah. Sebelum itu mari kita tinjau kembali bagaimana sebenarnya nabi Musa berdoa =)

 قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨) وَٱجۡعَل لِّى وَزِيرً۬ا مِّنۡ أَهۡلِى (٢٩) هَـٰرُونَ أَخِى (٣٠) ٱشۡدُدۡ بِهِۦۤ أَزۡرِى (٣١) وَأَشۡرِكۡهُ فِىٓ أَمۡرِى (٣٢) كَىۡ نُسَبِّحَكَ كَثِيرً۬ا (٣٣) وَنَذۡكُرَكَ كَثِيرًا (٣٤) إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرً۬ا (٣٣) وَنَذۡكُرَكَ كَثِيرًا (٣٤) إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرً۬ا (٣٥)

Yang bermaksud;


Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28) Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (29) Iaitu Harun saudaraku; (30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (31) Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, (32) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, (33) Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; (34)Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.


Mari kita extract pula apakah permintaan yang diminta nabi Musa. 
Ada 5 permintaan semuanya. =)


1) Lapangkanlah bagiku, dadaku
2) Mudahkanlah bagiku, tugasku
3) Lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
4) Jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.
5) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, dan kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu.


Selepas diperintahkan Allah untuk memberi peringatan kepada Fir'aun;


Pergilah kepada Fira'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. [Taha:24]
Perkara pertama yang Nabi Musa minta adalah supaya dilapangkan dadanya. Seberat manapun tugas, kewajipan, tanggungjawab atau cita-cita yang mahu kita lakukan, perlu kita mulakan dengan dada yang lapang, minda yang positif, bukan dengan penuh kerisauan, dan memikirkan segala jalan kegagalan. 

Betapa pentingnya untuk mulakan segala kerja atau perlaksanaan sesuatu perkara dengan minda yang lapang/positif adalah dengan itu kita boleh dengan mudahnya:

i) membuat perancangan dengan penuh semangat! kenapa semangat itu penting? Kerana dengan kuatnya semangat pada langkah pertama dapat mendorong untuk kita terus melangkah pergi. 

ii) memikirkan strategi terbaik untuk berjaya. Kerana hati yang lapang dan positif dan membayangkan kejayaan sesuatu cita, jadi pemikiran kita lebih 'empathy' untuk memikirkan 'what it takes to succeed'.

Sorry cant give example here. (example will be given if requested and if readers cant understand) 

Permintaan kedua nabi Musa adalah supaya dipermudahkan urusan. Walaubagaimanapun kita merancang, sepatutnya tawakal dan penyerahan perlu datang bersama usaha kita. Tetapi bukannya tawakal tanpa usaha, tanpa perancangan. Selalunya dua aspek ini tidak datang serentak. Apabila kita betul2 mantap perancangan dalam sesuatu, kita lupa meminta untuk dipermudahkan. Atau jika kita minta dimudahkan perancangan, kita sebenarnya tidak betul2 spesifik dan merancang pun (",)

 Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[ali-Imran:200]


Kemudian nabi Musa meminta untuk dilepaskan simpulan daripada lidahnya. Ini adalah kerana diceritakan Nabi Musa ini seorang yang kurang fasih bicaranya, bagaimana mungkin dia boleh menyampai dan meyakinkan Fir'aun akan hakikat kewujudan Allah? Namun nabi Allah yang hebat ni, tak mudah-mudah untuk memberi alasan untuk suruhan Allah walaupun punyai kekurangan tapi dia meminta untuk dipermudahkan akan kekurangannya. 

Untuk konteks kita disini, kenalpasti kekukarangan/ kelemahan kita sebelum melaksanakan sesuatu perkara, adalah perlu! Kelemahan/kekurangan perlu untuk kita consider ke dalam perancangan. (bukan kenalpasti kelemahan utk kita menolak  beralasan dalam suruhan Allah). Untuk cerita Nabi Musa, baginda meminta secara spesifik untuk Allah atasi kekurangannya. Begitu juga dengan kita, berdoalah dengan spesifik, hadirkan hati dengan penuh pengharapan. 

Mantap kan nabi Musa! bayangkan kalau kita gagap, orang suruh kita bagi tazkirah kat kelas, pastinya kita membina segunung alasan;- gagaplah, ada orang lagi bagus boleh buat, nanti orang x faham sebab kita gagap, nanti akan makan masa yang lama utk kita menyampaikan so baik bg orang lain je and the list goes on ;)

Seterusnya, baginda mendoakan supaya didatangkan teman dalam usahanya berdakwah kepada Fir'aun. MasyaAllah, begitu dekat al-Quran yang Allah turunkan kepada kita.. Walaupun kisah ini beratus ribu tahun, pengajarannya sangat praktikal. 

Dalam setiap usaha dakwah, perancangan, gerak kerja dan sebagainya. Fitrah manusia sentiasa perlukan manusia untuk bergerak bersama- perlu berada dalam jemaah utk merealisasikan cita. Dalam konteks kehidupan seharian, kita perlu sahabat dan teman yang boleh kita kongsikan susah senang dalam mehnah hidup.

Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.

Sahabat itu pula secara spesifiknya perlu yang mampu bekerjasama dengan kita, yang boleh memberi komitmen. Ada perbezaan bersahabat + komitmen vs berkawan biasa? Bersahabat + komitmen disini bermaksud, kita boleh bersama  secara fizikal dan mental. Berkorban kehendak sendiri demi kemaslahatan bersama, dan tidak mementingkan hal dan keselesaan sendiri. 

Hmm, nampak mudah, tapi sebenarnya sukar untuk sesetengah orang. Namun itulah yang diminta nabi Musa. Bukan sekadar peneman fizikal untuk menghadap Fir'aun, tetapi peneman mental dan sahabat yang boleh berkongsi urusan dengan.

Yang terakhir, doa nabi Musa untuk baginda dan sahabat yang diminta kepada Allah tadi adalah; 

Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu. Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu. 

Bahagian terakhir doa baginda merangkumkan beberapa aspek dalam melaksanakan sesuatu perkara/ misi/ gerak kerja dakwah.

i) Dalam kita melaksanakan amal jamaie, atau menyahut seruan dakwah, atau berjihad atas jalan yang Allah redhai (termasuk menuntut ilmu), amal ibadah kepada Allah, ingatan kepadaNya, hubungan dengannya jangan sekali2 diambil ringan. Ya, memang masa kita akan berkurang apabila kita gunakannya untuk perkara2 diatas, namun mintalah kepada Allah dan berazamlah untuk terus menerus meningkatkan amalan dan zikir kepadaNya. Demikian yang diminta oleh Nabi Musa. 

ii) Kerana dengan hubungan yang dekat dengan Allah dapat terus memberikan semangat walau apa cabaran yang mendatang, dapat memberi jalan keluar atas segala kebuntuan, dan pastinya akan mendapat ganjaran berganda daripada Allah. (amal dakwah++, amal nafsi juga +++)

iii) Dalam kita meminta akan ketaqwaan daripada Allah, supaya dipermudahkan urusan amalan kita, harus kita minta juga untuk sahabat kita. Lihat disini, nabi Musa menggunakan 'kami' dalam doanya, supaya baginda dan nabi Harun sama2 dapat menjadi hamba yang disayangi Allah, sentiasa dikurniakan kemudahan kepada hati mereka untuk mengingati dan beribadah kepada Allah. Cantik disini, dalam kita bersahabat dalam gerak kerja, perlu juga kita ambil berat akan iman/amal sahabat seperjuangan kita.. Sentiasa doakan sahabat-sahabat kita, sepertimana kita mahu Allah kurniakan sesuatu kepada kita.. Doa dengan bayangan wajah-wajah mereka, atau sebut satu persatu nama sahabat kita. 

=.=".. Panjang lebar pula kali ni.
Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat beramal dan hubungkan konteks dengan keadaan masing-masing. InsyaAllah, kisah yang direkodkan dalam al-Quran ini, pasti membawa seribu satu pengajaran buat kita semua~~

Allahua'lam, wa astaghfirullah...