Sudah lama rasanya diri tak terikat dengan drama tv melayu yang dirasakan tidak menepati rukun berhibur- iaitu mendidik jiwa.
Hanya satu keyword yang boleh disimpulkan daripada pengajaran keseluruhan drpd cerita ini;-
HOPE
Semua orang mampu berubah, walau bagaimana teruk pun keadaan seseorang, dia mampu berubah. Namun apa yang menghalang kita daripada berubah kearah yang lebih baik adalah
*tidak berani meletakkan harapan/cita-cita yang tinggi
*merasa lemah akan pandangan rendah orang terhadap mereka
Saya melihat usaha mewujudkn kelab debat di sekolah juvana seperti yang dilakukan oleh cikgu wanita itu lebih dari sekadar kelab debat. Tapi memberi harapan kepada pesalah2 ini akan kualiti mereka yang sebenar! Memberi mereka harapan akan kehidupan masa depan. Kenapa harapan begitu penting? Kalau hanya ada harapan, tiada tindakan dan peluang, tiada apa yang boleh berubah!
Ya benar, tapi segalanya bermula dengan cita-cita dan harapan. Kekuatan daripada harapan dan cita-cita itu akan mendorong mereka bertindak. Cumanya, kita sebagai anggota masyarakat, perlu memberi peluang untuk mereka berubah.
Memberi peluang disini bukan semudah yang disebut, tetapi ianya datang dari hati yang bersih yang melahirkan layanan yang ikhlas.
Dalam drama juvana, kita dapat melihat tenaga pengajar sendiri tidak memberi peluang kepada pesalah-pesalah ini berubah. Dengan hanya pandangan sinis sudah cukup utk melumpuhkan semangat mereka yang baru untuk bangkit. Dengan hanya berfikiran negatif terhadap potensi mereka sudah cukup untuk melemahkan mereka. Untuk memberi peluang kepada mereka, kita perlu meletakkan diri kita pada tempat mereka, be empathy then only we can do right thing and react accordingly.
Perkara ini boleh diambil pengajaran dan diaplikasikan kepada setiap aspek kehidupan kita:
-Jika anda seorang guru - pandanglah anak murid itu sebagai pemimpin akan datang yang mampu beroleh kejayaan walau bagaimanapun keadaan mereka ketika itu.
-Jika anda ibubapa - jangan putus asa dalam setiap lakuan buruk anak anda. didiklah mereka dengan sabar, dan letakkan harapan yang tinggi pada diri mereka.
- Jika anda mempunyai ahli keluarga yang bermasalah. Jangan sesekali merendahkan mereka. Beri mereka harapan, doakan yang terbaik utk mereka.
- Jika anda seorang yang ingin berubah, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Lihat contoh baik pada orang sekeliling, letakkan niat utk membuat perubahan pada diri sendiri. Jangan sesekali takut untuk bercita-cita, risau utk berdoa jadi begitu, jadi begini. Sentiasa bersangka baik dengan doa dan teruskan kuat berusaha.
Kesimpulannya: berfikiran positif, letakkan harapan tinggi untuk sesuatu keburukan berubah menjadi kebaikan, jangan menjadi orang yang menghalang orang lain daripada berubah, dan perkuatkanlah doa kepada Allah.
Allahua'lam...
harapan itu yg membuatkan kita berusaha bersungguh2 utk dptkn apa yg kita nak.
ReplyDeletebetul~~
ReplyDelete