Sekarang kepercayaanku terhadap doa makin meninggi.
Alhamdulillah, ini mungkin kerana
- Allah banyak mengabulkan doaku, mungkin juga kerana
- usiaku yang bertambah, mungkin juga kerana
- aku banyak berpesan tentang keajaiban doa kepada orang lain, jua mungkin kerana
- banyak bahan bacaan daripada buku self-help kajian orientalis barat menyokong ajaran Islam tentang doa
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَDan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka Sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [2:186]
Sungguh, Allah mencintai hamba-hambaNya yang banyak berdoa dan meminta.
Tetapi dalam kita berdoa, kita sebenarnya tidak tahu apakah yang sebaiknya untuk kita doakan. Apakah yang terbaik untuk kita usahakan. Apakah yang paling tepat untuk kita harapkan supaya terjadi.
Banyak sebenarnya dalam kejadian hidupku, dimana aku tertampar dengan perkara yang aku doakan. Bukan tidak bersyukur akan doa yang dimakbulkan, cuma ia menginsafkan. Akan perkara yang kita minta, barangkali tidak banyak manfaatnya, apa yang kita suka, barangkali menyebabkan perkara lain pula yang berlaku.
Menginsafkan aku bahawa:
Allah Pentadbir alam buana.
Dia mengetahui akan baik buruk akan sesuatu perkara yang kita minta.
Dalam seronok berdoa kepadaNya kita pelu sedar akan kedaifan kita dalam urusan dunia.
Hamba yang tidak mengetahui akan perancangan Allah yang terbaik, tetapi hamba ini masih mahu meminta kepada Penciptanya. Meminta perkara yang dia sukai dalam urusan hidupnya.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan , Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:216]
Cantik sekali pengaturan ayat Allah. Jika dihayati dan diperdalami, mampu menjawab segala persoalan hati.
Cuma akhlak kita dalam berdoa.
- Doa dengan penuh keyakinan, yang Allah mendengar
- Doa dengan penuh keyakinan yang Allah akan mengkabulkan doa
- Doa dengan perasaan rendah diri bahawa kita hamba yang tidak mengetahui akan perkara terbaik
- Doa dengan visi bahawa kita akan memperoleh apa yang didoakan berserta USAHA yang selayaknya
Engkaulah yang Maha mengetahui yang terbaik untuknya, tetapi aku tidak tertahan melihat dia dalam penderitaan. Hanya Engkau tempat kami meminta dan tempat kami mengadu.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment