gambar hiasan |
Seperti biasa, setiap yang berlaku wajib untuk saya fikirkan akan hikmah dan pengajaran yang dihantar oleh Allah. Ceritanya begini:
Dalam perjalanan saya dan mama ke rumah makcik, keluar saja dari rumah, sebuah motor melanggar dengan dengan laju pintu belakang driver. Saya tidak menyangka motor itu begitu laju dan tidak menyangka dia akan mengambil jalan tengah. Walaubagaimanapun mengikut peraturan, kereta yang baru keluarlah yang salah.
Namun saya dengan terkejutnya, membuka pintu kereta dimana adik itu berlumuran darah dan terbaring dibawah motornya. Kami cepat-cepat membawanya ke hospital. Namun alhamdulillah, Allah masih memberi ketenangan walaupun dalam keadaan yang amat terkejut. Maih boleh drive ke hospital dan berfikiran rasional. Alhamdulillah..
Namun peristiwa ini betul-betul membuatkanku berfikir, dosa apakah yang membuatkan Dia mengujiku sebegini rupa. Tidak perlu fikir panjang, memang dosaku menggunung tinggi, selayaknya Dia mengujiku supaya aku lebih mengingatiNya, lebih menyebutnya dalam doaku, lebih berzikir dan lebih munajat padaNya.. Supaya boleh Dia ampunkan dosa-dosa yang kubuat dalam keadaan sedar itu. Alhamdulillah..
Allahurabbi, memang Dia mahu aku kuat sekuat-kuatnya. Memang Dia mahu saya membuka fikiran saya kepada dunia lain selain dunia belajar, dakwah dan family. Mahu aku tahu bagaimana orang luar berfikir, bagaimana hidup masyarakat sekeliling ku. Adik yang melanggar kami itu bukan dari kalangan seperti kami. Bukan mahu membezakan taraf, tapi sungguh perkenalan dengannya membuatkan ku lebih mengenali golongan lain selain yang aku gauli sebelum ini.
Namun; setelah rm1000 melayang, mungkin Allah mahu aku menyucikan hartaku yang banyak itu, kerana Allah mahu menguji sejauh mana aku betul2 bergantung harap padaNya dari aspek pergantungan rezeki. Sungguh duit dalam bank aku itu, bukan rezekiku.
Terima kasih mama atas keberadaannya sepanjang proses ini, dan duit ringgit yang dia laburkan dalam masalah yang aku bawa. Sungguh aku sangat mentah dalam perkiraan sebegini.
Untuk adik itu, kudoakan sakitnya itu menghapus dosa-dosanya, mendekatkan lagi dia kepada Allah, mematangkan lagi dia dalam kehidupan ini. Sungguh usianya sangat muda, banyak yang boleh dilakukan dalam usia begitu. Semoga dengan doaku ini, dia mampu berusaha dan berjaya kelak; dunia dan akhirat.
Terima kasih Allah, atas ujian ini. Moga ujian ini mematangkanku dan berjaya mengajarku nilai kehidupan.
No comments:
Post a Comment