Tuesday, June 21, 2011
Ingatan kepada Allah
Baru-baru ini saya berjumpa bekas adik-adik usrah yang berada di KL, di sebuah shopping complex.
Hasratnya, nak adakan sedikit tazkirah, tetapi atas beberapa kekangan dan kelemahan diri sendiri, tak tersampai tazkirah daripada ayat Quran yang diniatkan..
Jadi, saya kongsikan disini sahaja.
Bagi yang sedang bercuti, pastu suka ke keluar bersuka ria ke shopping complex, tengok wayang, bersama rakan-rakan, makan-makan makanan yang sedap, bermain bersama dan sebagainya.
Namun bagaimana menjadikan aktiviti2 riadah/sukaria kita suatu ibadah atau sekurang-kurangnya tidak menjadikan kita lalai?
Dalam ayat Allah, an-Nisa 102:
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Allah menyuruh hamba-hamba Nya yang dikasihi, supaya mengingatiNya dalam apa jua cara dan apa jua lakuan yang sedang dilakukan.
Kita perlu didik hati dan layangan fikiran kita supaya berfikir akan Allah. Bukan bermaksud sentiasa berkumat-kamit berzikir, tetapi sentiasa membawa imaginasi fikiran kita kearah jalan Allah. Contoh, apa yang akan boleh kita fikirkan jika melihat orang berpakaian begini di shopping complex?
Kita mungkin berfikiran:
- stylo? vogue?
- muslimah bergaya?
- balut aurat bukan tutup aurat.
- tak sempurna tutup auratnya?
- bolehla nak try bergaya macam ni lepas ni?
- aku takkan bagi anak aku pakai macam ni nanti?
Contoh kedua: sebuah pameran tuala wanita di tengah-tengah shopping complex.
Kita akan berfikir?
- wah, mesti ada promosi murah
- (lelaki) ermm, jenama apa pulak ni?
- nampaknya, perkara sulit wanita sudah diwar-warkan di umum
- sudah hilang identiti timur sehingga lelaki boleh bercakap tentang contour tuala wanita yang selesa?
Macam-macam kita boleh fikir, tapi pilihlah untuk berfikir sesuatu untuk mendidik hati dan iman supaya lebih dekat dengan Allah. Saya tidak berniat untuk memberi satu guideline bagaimana untuk berfikir atau mengadili contoh di atas.
Kerana saya suka untuk semua untuk tidak terikat fikirannya, dan supaya tahap iman seseorang itu pandai membuat penilaian sendiri berdasarkan ilmu, iman dan amal yang ada pada seseorang itu.
Tetapi dalam berfikir, awas! jangan sampai kita bersangka buruk kepada sesiapa, jangan membenci sesiapa, jangan sampai kita lupa untuk melebarkan senyuman kita kepada orang sekeliling.
Jadi ingatlah ayat ini, betapa Allah pencipta manusia, begitu sayangkan kita, memesan kita supaya jangan lupa mengingati Dia pada setiap masa kerana itu dapat mengikat kita daripada berlebihan dalam urusan dunia, menghindar kita daripada melakukan maksiat dan menjadikan hati lebih cenderung kepada amal soleh dan kebajikan. Malulah kita, sudahlah solat tidak khusyuk sepenuhnya, amalan sunat pula tidak tersempat, zikir pun kadang2 sahaja, dalam urusan dunia pula lupa memasukkan Dia dalam kotak fikiran..
Jadi cubalah, didik hati dalam setiap bisikan, untuk menghadirkan Allah yang sedang melihat hamba-hambaNya.
Allahu a'lam.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menepis bisikan syaitan dan memperkuatkan ingatan kita kepadaNya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suke yang ni. tq kak mimah (:
ReplyDelete