Wednesday, June 15, 2011

Cover-cover...

8.30am
'Adik, ma beli ikan, buat kuah laksa'
'Hmm' Jawabku selamba. Macam takda perasaan. Cover2..

12.30pm
'Ma ngantuk la..macam nak pengsan. Semalam tak tidur langsung, p hospital. Nak tunggu siap kuah laksa dulu sat'
'Tidoq la..awat yang kalut dok p buat kuah laksa?'
'Ala..kuah laksa tak susah pun. Takdak benda!' Kali ini ma pulak yang cover2..

Tersentuh hati. Tapi sengaja tak ditunjukkan. Kerana kami memang jenis yang begini. Concern dan sayang dimanifestasikan melalui tindakan, bukan kata2 manis.


Namun jauh di benak hati aku benar-benar tersentuh.
Aku tahu, kuah laksa itu adalah untukku.. Tersentuh dengan kemahuannya menggembirakan ku. (Laksa adalah favourite utama ku) Namun tak banyak yang ku lakukan untuk menggembirakannya. Mungkin aku banyak menyebutnya dalam doa sahaja, kerana culture 'cover2' kami memang tersemat sejak kecil. Tetapi aku cuba untuk melegakan kekusutannya, mengurangkan beban kerjanya, akan rasa marah jika ada orang lain menyusahkannya. Cuma..
Tiada kata2 manis untuk menggula-gulakan hatinya..uhh..

 (22) Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uh" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. [al-Israk]

Ayat hafazan yang sukar untuk ku laksanakan- 'Bicaralah dengan mereka kata2 yang mulia'. Allahu rabbi, kurniakanlah hambamu kekuatan dalam menjadi anak yang solehah yang menenangkan hati ibubapaku. 
Terlalu banyak telah mereka korbankan, sedang aku masih mementingkan keselesaan dan kehendak sendiri.



No comments:

Post a Comment